About

25 August 2010

Program Solat Hajat Perdana PMR dan SPM 2010 (19 Ogos 2010)


Program Solat Hajat Perdana PMR dan SPM 2010
Peringkat Sekolah SMK Taman Desa Skudai

Program dilaksanakan khusus untuk semua calon PMR dan SPM SMKTDS yang beragama Islam serta ibu bapa mereka. Program ini merupakan satu program kali keempat diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama MAKDIS SMKTDS dan Panitia Pendidikan Islam.

Semoga program yang dilaksanakan ini diharapkan akan dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua yang terlibat.

Tarikh : 19 Ogos 2010 (9 Ramadan 1430 Hijrah)
Hari : Khamis (Selepas Maghrib hingga selesai solat terawih)
Tempat : Surau SMKTDS

Anjuran :
Pihak sekolah dengan kerjasama MAKDIS SMKTDS dan Panitia Pendidikan Islam

Matlamat :
Memberikan motivasi diri kepada pelajar-pelajar Islam bagi menghadapi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2010 ini.

Objektif :
1. Memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar Islam yang akan mengambil PMR dan SPM pada tahun 2010 ini.
2. Mengajak semua yang terlibat dengan program ini menghidupkan Ramadan dengan amalan-amalan mulia seperti bersedekah, solat hajat dan solat terawih.
3. Mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa pelajar.

Sasaran :
Semua pelajar Islam Tingkatan 3 dan 5 SMKTDS

Tentatif Program

19 Ogos 2010
7.00 petang - Pelajar-pelajar dan guru berkumpul di surau SMKTDS
- Persediaan berbuka puasa dan taklimat ringkas program
7.20 petang - Berbuka puasa bersama-sama dan solat Maghrib
8.00 malam - Makan berat
8.30 malam - Solat Isyak, solat hajat dan solat terawih
- Majlis bersurai

No comments:

 
Blogger Templates