About

Ucapan

Ucapan

15 February 2009

Falsafah Sekolah




FALSAFAH SEKOLAH


Falsafah sekolah berasaskan cogan kata sekolah “”Berusaha , Beriltizam dan Berkualiti” mengungkai maksud tersendiri. Cogan kata ini menjelaskan setiap murid perlu berazam dengan jitu dan gigih , berusaha mendalami ilmu serta memahami etika hidup. Usaha dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan beriltizam tinggi ke arah peningkatan kuantiti kecemerlangan menjurus kepada kejayaan berkualiti, melahirkan masyarakat generasi berwibawa dan cemerlang berdasarkan ketentuan ilmu , keimanan , ketaqwaan , keterampilan dan kegigihan.

Tenaga pendidik berkemampuan malah berkelayakan membimbing secara profesional. Mereka berpotensi dan menerima anugerah sebagai insan yang tekun serta sabar dan sanggup berkorban mengutamakan kepentingan pelajar lebih daripada diri sendiri untuk membentuk generasi cemerlang yang dapat menyumbang kejayaan kepada agama, bangsa dan negara secara positif.

Pengajaran dan pembelajaran cenderung dan selaras dengan matlamat wawasan negara maju, era kemajuan menjelang tahun 2020. Lantas keperluan generasi menguasai ilmu dan kemahiran khususnya dalam bidang sains dan teknologi perlu mantap seiring dengan peredaran zaman. Lantaran itu , kekuatan ilmu pengetahuan dan kemampuan berfikir dapat menghasilkan penemuan terkini yang merealisasikan zaman kemajuan dan kepesatan pembangunan teknologi.

No comments:

 
Blogger Templates