About

22 February 2009

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-6 2009

Make your own at ProfilePitstop.com

Kejohanan Olahraga SMKTDS

Make your own at ProfilePitstop.com

Sumbangan PIBG Sesi 2008/2009


Sumbangan PIBG Sesi 2008/2009



1. PIBG telah membiayai pembelian ‘Online License’ Skor A untuk PMR & SPM yang berjumlah RM1100.

2. “Program Teknik Menjawab PMR & SPM” juga telah dibiayai oleh PIBG sejumlah RM2000.

3. RM200 telah disumbangkan oleh PIBG untuk Hari Koperasi Sekolah.

4. Sejumlah RM500 telah disumbangkan oleh PIBG kepada Badan Pengawas SMKTDS untuk pembelian tali leher pengawas.

5. PIBG juga membuat sumbangan kepada Panitia Fizik untuk “Projek Glider”.

6. Sementara itu, sejumlah RM6000 telah disumbangkan oleh PIBG untuk pembiayaan membeli kertas A4 bagi penyediaan Modul, Latih Tubi dan Gerak Gempur.

7. Sejumlah RM200 telah disumbangkan untuk menjayakan “Program Solat Hajat” bagi pelajar yang menduduki PMR dan SPM.

8. RM11370 juga telah disumbangkan oleh PIBG bagi membiayai pembelian komputer untuk kegunaan kelas ICTL.

21 February 2009

Laporan Aktiviti Biro Sahsiah & Akademik PIBG SMKTDS SESI 2008/2009



Laporan Aktiviti Biro Sahsiah & Akademik PIBG SMKTDS SESI 2008/2009




(1 Januari 2008 hingga 30 November 2008)


1. KELAS “SMART TUITION PMR”


Sasaran : - Murid Tingkatan 1 - Murid Tingkatan 3


Subjek Yang Ditawarkan : - Bahasa Melayu - English Language - Mathematics - Science
- Geografi - Sejarah

Bayaran : Pendaftaran – RM10.00

Yuran Tuisyen – RM 60.00 sebulan (6 subjek)

Tutor : Guru-guru Terlatih Yang Berpengalaman


Jadual waktu : - Setiap hari Ahad
- 8.00 pagi hingga 1.00 petang
- 5 jam

Kekerapan : 34 kali x 5 jam = 170 jam

2. KELAS “SMART TUITION SPM”

Sasaran : - Murid Tingkatan 5

Subjek Yang Ditawarkan : - Bahasa Melayu - English Language
- Prinsip Akaun - Ekonomi Asas
- English for Science & Technology (EST)
- Pendidikan Moral

Bayaran : Pendaftaran – RM10.00

Yuran Tuisyen – RM20.00 sebulan (1 subjek)

Tutor : Guru-guru Terlatih Yang Berpengalaman


Jadual waktu : - Selasa, 3.00 petang – 4.30 petang (1 ½ jam)
- Rabu, 3.00 petang – 4.30 petang (1 ½ jam)
- Khamis, 3.00 petang – 4.30 petang (1 ½ jam)
- Ahad 8.00 pagi – 1.00 petang (5 jam)

Kekerapan : 205 kali x 1 ½ jam = 307 ½ jam

3. TERAPI MOTIVASI KECEMERLANGAN - SIRI I


Sasaran : Kelompok Murid Berpotensi Tingkatan 3 dan Tingatan 5

Tarikh : 22 April 2008


Masa : 7.30pg – 1.30petang


Tempat : Makmal Bahasa, SMK Taman Desa Skudai


Bayaran : Percuma


Fasilitator : Pakar Motivasi Yang Terlatih

4. TERAPI MOTIVASI KECEMERLANGAN - SIRI II


Sasaran : Kelompok Murid Cemerlang Tingkatan 3 dan Tingkatan 5

Tarikh : 2 Mei 2008

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang


Tempat : Dewan Kuliah, Universiti Teknologi Malaysia


Fasilitator : Pakar Motivasi Yang Terlatih


Bayaran : Percuma

5. “SMART WORKSHOP PMR”


Sasaran : Murid Tingkatan 3


Subjek : Mathematics dan Science

Tempat : Makmal Bahasa, SMK Taman Desa Skudai


Kekerapan : 12 x 3 jam = 45 jam


Fasilitator : Guru Cemerlang (Subjek Berkenaan)


Bayaran : Percuma

6. “SMART WORKSHOP SPM”


Sasaran : Murid Tingkatan 5

Subjek : - Chemistry - Physics - Additional Mathematics
- Ekonomi Asas - Pendidikan Moral
- English For Science & Technology (EST)

Kekerapan : 21 x 3 jam = 63 jam

Fasilitator : Guru Cemerlang (Subjek Berkenaan)


Bayaran : Percuma




Laporan Disediakan Oleh :

PN. CHANDRA A/P RATNASINGAM
Pengerusi,
Biro Akademik & Sahsiah
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
SMK Taman Desa Skudai


17 Februari 2009

AJK PIBG Sesi 2008/2009

AJK PIBG SESI 2008/2009

EX-OFFICIO : Tn. Hj. Shaharuddin Bin Saari

YANG DIPERTUA : Prof. Dr. Hishamuddin Bin Jamaluddin

NAIB YANG DIPERTUA : PM Dr Maketab Bin Mohamad

SETIAUSAHA : Cik Nor Artika Bt. Roha

NAIB SETIAUSAHA : Pn Normala Bt. Ibrahim

BENDAHARI : Pn Rahmah Bt. Sa’aid

NAIB BENDAHARI : Pn Rasuna Bt. Othman

AJK GURU :

Pn Azlina Mohamad
Pn Siti Bahriah Sarbini
Pn Rosnani bt Mat Nor
Pn Tengku Zarena bt Tengku Azam
Pn Zaiton Bt Haron

AJK IBU BAPA :

PM Dr Abdul Razak Ismail
Pn Chandra A/P Ratnasingam
Pn Sandira A/P Kuttianan
En Haron B Mohamad

PEMEGANG AMANAH

En Abdul Rahman B Umar (Ibu bapa)
En Zailan bin Md Yassin (Guru)

JURUAUDIT

En Mohd Yusof bin Nor (Ibu bapa)
Pn Tay Suat Gan (Guru)
Gambar-gambar sekitar Mesyuarat
Agung PIBG Kali Ke-5
(Sesi 2008/2009)










17 February 2009

Tazkirah

Rebutlah Lima Masa Sebelum Datang Lima Masa


1) Masa Muda Sebelum Masa Tua

2) Masa Sihat Sebelum Masa Sakit

3) Masa Kaya Sebelum Masa Papa

4) Masa Lapang Sebelum Masa Sibuk

5) Masa Hidup Sebelum Masa Mati

Guru oh Guru




GURU OH GURU

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.


Karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr Usman Awang.

16 February 2009

Guru-guru SMK Taman Desa Skudai

Haji Shaharuddin Bin Saari - Pengetua SMKTDS



Puan Tay Suat Gan - PK 1




PUAN ROSNANI BINTI MAT NOR - PK HEM



PUAN NORMALA BINTI IBRAHIM - PK KO-KURIKULUM




ENCIK ZAILAN BIN MD. YASIN - PK PETANG






PUAN AZLINA BINTI MOHAMAD

- KETUA BIDANG SAINS & MATEMATIK






PUAN SITI BAHRIAH BINTI SARBINI
- KETUA BIDANG SAINS SOSIAL




PUAN HJH. TG. ZARENA BT. TG AZAM
- KETUA BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL

15 February 2009

Hari Lahir Guru- Januari & Februari



glitter graphics

myspace codes

Ucapan ini ditujukan buat semua guru SMKTDS yang menyambut Hari Lahir mereka pada
Bulan Januari dan Februari.




Semua warga SMKTDS mengucapkan

Selamat Hari Lahir buat semua guru..
semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik dan beroleh rahmat sepanjang hayat.

JANUARI

ENCIK CHE JAILANI BIN CHE WIL
23-Jan


PUAN ZARINA BINTI MD ZIN
26-Jan



CIK NURUL SALIME BINTI TAHARIM
14-Jan



CIK NOR ARTIKA BINTI ROHA
18-Jan



CIK NADIA HARTINI BINTI MOHD ADZMI
2-Jan




FEBRUARI


PUAN RASHIDAH BINTI MD TAIB
25-Feb


PUAN KARTIYANI A/P RAMA KRISHNAN
6-Feb


PUAN YAP SOOK YEE
6-Feb


ENCIK AHMAD ZULAZRI BIN MUSA
11-Feb



Penilaian Kurikulum 1 ~16 Februari 2009

Make your own at ProfilePitstop.com

Lagu Sekolah

LAGU SEKOLAH
SMK TAMAN DESA SKUDAI, JOHOR BAHRU




Indah tersergam gagah perkasa,
Anak didik berbilang bangsa
Sentiasa bersatu tingkat kualiti
Terus berusaha serta beriltizam.

C/O

SMK Taman Desa Skudai,
Lambang kemegahan , kebanggaan,
Kami terus menimba ilmu,
Tanpa kenal erti jemu
Menara gading cita-citaku,
Mencipta kejayaan masa depan,
Kami berjanji berjasa padamu,
Sekolahku yang kucintai.
Jasa ibu bapa tak kulupa
Jasa guru kukenang selalu

Ulang C/O

Kecemerlangan
Maju gemilang
Dan Terbilang



Senikata Oleh : Azmi Bin Ahmad
Gubahan Lagu : Koay Dong Liang

Lencana Sekolah


Penjelasan Lambang Lencana Sekolah






Bentuk - Logo
Berbentuk perisai melambangkan semangat perjuangan yang kental dalam usaha memartabatkan ilmu pendidiakan jaminan masa depan lebih cemerlang dan gemilang.

Lambang -

Buku
Melambangkan landasan ilmu ke arah perjuangan gigih berkeupayaan menatang ilmu mencipta kejayaan cemerlang serta gemilang dengan keikhlasan dan kesucian.

Obor
Melambangkan kepentingan kemajuan sukan dan kokuriklum yang lebih berprestij membentuk pelajar seimbang JERI mereka.

Jalur Obor
Lima jalur melambangkan setiap kegiatan sekolah berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Islam dan lima prinsip Rukun Negara.

Sembilan Gear
Melambangkan sembilan cabaran wawasan yang perlu dihadapi ke arah kecemerlangan.

Warna -

1) Maroon
Melambangkan semangat keberanian , kegigihan , kesepaduan , keharmonian komuniti sekolah dan semangat cinta kepada sekolah. Gabungan warna digunakan kearah cerminan perpaduan kaum yang mantap.

2)Putih
Melambangkan nilai murni bersih , cekap dan amanah.

3) Kuning
Melambangkan kejayaan dalam akademik dan kokurikulum yang berkualiti
serta melambangkan kedaulatan kepada negara.

Motto - “BERUSAHA BERILTIZAM BERKUALITI”

BERUSAHA
Tekad berusaha dalam pelbagai bidang ilmu.

BERILTIZAM
Kegigihan dengan sepenuh keperihatinan dan lebih serius dalam usaha mencari ilmu untuk jaminan masa depan.

BERKUALITI
Pencapaian kejayaan lebih cemerlang dan gemilang ke arah pembentukan generasi terpilih.

Reben - Bermaksud mengawal diri daripada melakukan perbuatan tidak bermoral dan seterusnya melahirkan pelajar bersahsiah serta berakhlak mulia serta berdisiplin dan bertanggungjawab.

Ikatan Bebola - Simbol sains yang membawa makna mendukung perkembangan sains dan teknologi dalam pendidiakan berasaskan ikatan yang stabil antara atom , jirim dan molekul.

Atom - Aspek ketuhanan
Jirim - Aspek perpasuan tiga ras
Molekul - Aspek kurikulum dan kokurikulum

Objektif Sekolah



OBJEKTIF SEKOLAH




Meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum ke tahap cemerlang


 Meningkatkan pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum ke tahap cemerlang


 Memastikan keahlian pelajar dalam setiap komponen kokurikulum terdiri daripada pelbagai kaum


 Meningkatkan mutu disiplin pelajar ke tahap yang sebaik-baiknya


 Memupuk dan menanamkan semangat kecintaan dan kesetiaan kepada sekolah


 Meningkatkan prasarana sekolah supaya kondusif untuk pembelajaran


 Menjalinkan hubungan yang berkesan dengan komuniti masyarakat dan ibu bapa supaya mereka bersama-sama bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Matlamat Sekolah


MATLAMAT SEKOLAH



KURIKULUM

 Memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan PMR dan SPM.

 Memastikan pelajar menguasai kemahiran 3M (Membaca,Menulis,Mengira)

 Melahirkan pelajar yang komited dan gigih terhadap pelajaran

 Menyediakan keperluan individu dengan menggunakan kaedah,teknik dan bahan yang pelbagai.

KOKURIKULUM

 Mewujudkan integrasi kaum melalui aktiviti kokurikulum.

 Memperoleh kecemerlangan dalam bidang kokurikulum

 Membentuk pelajar seimbang dan berdaya maju.

 Membantu meningkatkan disiplin pelajar

 Membentuk insan yang murni dan berkeperibadian berkaliber.

HAL EHWAL MURID

 Melahirkan pelajar yang setia dan cinta akan sekolah . Melahirkan pelajar yang menghargai kemudahan sekolah.
 Melahirkan pelajar yang berdisiplin , bertanggungjawab dan
mengamalkan nilai - nilai murni.

PENGURUSAN / PENTADBIRAN SEKOLAH

 Menyediakan iklim sekolah yang ceria , penyayang,selamat dan kondusif untuk pembelajaran.


 Menyediakan sumber yang lengkap untuk perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum yang efektif dan efisien.


 Melahirkan staf berkualiti yang mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi , proaktif , komited dan kompeten


 Menjalinkan hubungan berkesan dengan komuniti masyarakat , ibu bapa pelanggan
dan “stakeholders”.

Falsafah Sekolah




FALSAFAH SEKOLAH


Falsafah sekolah berasaskan cogan kata sekolah “”Berusaha , Beriltizam dan Berkualiti” mengungkai maksud tersendiri. Cogan kata ini menjelaskan setiap murid perlu berazam dengan jitu dan gigih , berusaha mendalami ilmu serta memahami etika hidup. Usaha dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan beriltizam tinggi ke arah peningkatan kuantiti kecemerlangan menjurus kepada kejayaan berkualiti, melahirkan masyarakat generasi berwibawa dan cemerlang berdasarkan ketentuan ilmu , keimanan , ketaqwaan , keterampilan dan kegigihan.

Tenaga pendidik berkemampuan malah berkelayakan membimbing secara profesional. Mereka berpotensi dan menerima anugerah sebagai insan yang tekun serta sabar dan sanggup berkorban mengutamakan kepentingan pelajar lebih daripada diri sendiri untuk membentuk generasi cemerlang yang dapat menyumbang kejayaan kepada agama, bangsa dan negara secara positif.

Pengajaran dan pembelajaran cenderung dan selaras dengan matlamat wawasan negara maju, era kemajuan menjelang tahun 2020. Lantas keperluan generasi menguasai ilmu dan kemahiran khususnya dalam bidang sains dan teknologi perlu mantap seiring dengan peredaran zaman. Lantaran itu , kekuatan ilmu pengetahuan dan kemampuan berfikir dapat menghasilkan penemuan terkini yang merealisasikan zaman kemajuan dan kepesatan pembangunan teknologi.

Senarai Pengetua SMKTDS

SENARAI PENGETUA SMK TAMAN DESA SKUDAI, JOHOR BAHRU




2003 – 2005 - Pn.Hajah Aishah binti Omar




2005 – 2008 - Tuan Haji Kassim bin Mahadi





2009 - Hingga kini - Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari


TAKWIM UJIAN DAN PEPERIKSAAN DALAMAN


1 ) UJIAN BULANAN 1 (PENILAIAN KURIKULUM 1 ) 16.02.2009 – 18.02.2009

2 ) UJIAN BULANAN 2 (PENILAIAN KURIKULUM 2 ) 07.04.2009 – 10.04.2009
3 ) PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 18.05.2009 – 29.05.2009

4 ) UJIAN BULANAN 3 (PENILAIAN KURIKULUM 3 ) 10.08.2009 – 12.08.2009

5 ) PERCUBAAN PMR 10.08.2009 – 14.08.2009

6 ) PERCUBAAN SPM 07.09.2009 – 18.09.2009

7 ) PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 02.11.2009 – 17.11.2009



14 February 2009

Amalan Makan Ulam




Amalan makan ulam sebenarnya sudah menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.

Ada juga yang tidak berselera makan jika tidak disertakan ulam atau sayur mentah, paling tidak, timun yang biasanya dicicah bersama sambal belacan.

Selain dijadikan sebagai pembuka selera, ulam dikatakan antara makanan yang boleh membantu seseorang kelihatan awet muda dan cantik.

Ini disebabkan kebanyakan ulam atau sayuran berkenaan mengandungi banyak nutrien penting serta bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

Namun, ramai yang masih tidak mengetahui apa jua yang dinikmati hari ini sebenarnya pelaburan kepada kesihatan kita kelak.

Kesan pelaburan ini pula banyak bergantung kepada jenis makanan yang diambil kerana jika sering mengamalkan diet yang banyak mengandungi lemak, ia memungkinkan masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol.

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pula antara lain membantu diri kelihatan lebih sihat dan menarik.

Ketua Pemakanan, Hospital Pakar Ampang Puteri, Jennifer Chiam Chwee Lian, berkata kebanyakan ulam sesuai diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Menurut Jennifer, ulam boleh dikategorikan sebagai sayur mentah seperti salad dan ia tidak mendatangkan sebarang keburukan sekiranya dimakan setiap hari.

Katanya, ulam memang elok untuk kesihatan dan ia sudah menjadi amalan masyarakat negara ini sejak sekian lama.

“Ulam boleh dimakan setiap hari kerana ia tidak mengandungi kalori seperti sesetengah makanan lain. Tetapi harus diingat, ulam yang dimakan bersama sambal belacan tidak digalakkan untuk diamalkan kerana ia (sambal belacan) mengandungi kandungan garam serta kolesterol yang tinggi,” katanya.

Info ulam-ulaman:

# Pegaga

Pegaga, nama saintifiknya Cantella asiatica biasanya tumbuh melata di keliling rumah dan mempunyai pelbagai khasiat. Ia kaya vitamin dengan A dan C serta zat besi yang sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Ia membantu membangkitkan selera makan, meredakan masalah penghadaman seperti buasir, menyejukkan badan, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid serta keputihan.

# Timun

Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.

Amalan makan timun juga boleh membantu mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong, batuk, merendahkan tekanan darah, menambah selera makan serta untuk penjagaan kecantikan kulit wajah.

# Cekur

Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Cekur mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.

Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan, mempunyai bahan antibakteria, antikulat dan antikeradangan.

# Kunyit muda

Walaupun rasanya kurang disenangi, kunyit muda sangat berkhasiat untuk dijadikan ulam.

Kajian yang dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah.

Selain itu, ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, serta mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.

Pengamal perubatan tradisional Melayu menggunakan pati kunyit yang diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.

# Petai

Petai mempunyai bau kuat tetapi tetap menjadi kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan ia dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

# Pucuk kaduk

Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ramai yang tidak mengetahui ia juga boleh dimakan mentah. Ulam ini mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.

# Gajus

Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.

# Lobak merah

Lobak merah jarang dijadikan ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya dengan vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.

Ia baik untuk membantu mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.

# Mengkudu

Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karotin dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.

Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksidan, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.

# Jering

Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya dengan protein, karbohidrat dan serat yang dipercayai membantu mengubati penyakit kencing manis.

SUMBER : http://serikasih.blogspot.com/2009/02/amalan-makan-ulam.html

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT


Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak (qiyam) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika rukuk dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada, bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :

"Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar."

STRES MUNGKIN BAIK UNTUK ANDA



Baru-baru ini seorang ibu membawa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun menemui doktor pakar setelah anaknya mengalami demam yang berpanjangan sejak memasuki tahun satu sekolah rendah pada 5 Jan lepas.

Sebelum ini, doktor yang merawat budak lelaki tersebut telah menyatakan bahawa dia bebas daripada penyakit yang serius.

“Setiap kali saya bawa anak ke klinik atau hospital, mereka (doktor) hanya bagi ubat untuk demam. Ujian darah pula menunjukkan tiada apa-apa penyakit”, ibu tersebut, yang hanya mahu dikenali sebagai Rahimah, memberitahu penulis di sini baru-baru ini.

“Anak anda adalah normal. Mungkin dia stres kerana masih belum dapat menyesuaikan diri di persekitaran baru sekolah”, itulah antara kata-kata oleh pakar kanak-kanak tersebut kepada Rahimah semasa sesi rawatan di kliniknya.

APA ITU STRES?

Menurut Dr. Hans Selye, pengasas teori stres, stres merupakan satu gejala tindak balas yang tidak spesifik oleh individu terhadap beban yang datang dalam bentuk keresahan yang disebabkan cabaran, ancaman atau perubahan yang memerlukan respon.

Bertentangan dengan persepsi ramai orang, stres boleh dibahagi kepada stres yang baik atau positif yang dikenali sebagai eustress dan yang buruk atau negatif distress.

Pegawai perubatan di sebuah institusi kesihatan di ibu negara, Dr. S. Mogan berkata, stres yang positif boleh membuatkan seseorang lebih berhati-hati, fokus dan kreatif dalam kehidupan harian.

Menurut sejarah, Alexander Graham Bell mencipta telefon, alat yang mencetus revolusi dalam bidang perhubungan, ketika ingin membantu tunang beliau yang telah hilang pendengaran.

Sukar untuk didefinisi

Kata Dr. Mogan, memang sukar untuk memberi definisi mengenai stres kerana ia suatu aspek yang subjektif.

“Kalau anda tanya 10 orang tentang apa yang sebabkan mereka rasa stres, maka anda akan mendapat 10 jawapan yang berlainan.

“Sebabnya tiada definisi tentang stres yang dipersetujui semua, apa yang stres bagi seseorang mungkin perkara yang menyeronokkan atau tiada apa-apa bagi orang lain.

“Contohnya, penunggang motosikal akan berasa gembira bila dapat memecut kenderaan mereka manakala ini perkara yang menakutkan bagi orang lain. Menang dalam perlumbaan mungkin lebih stres daripada kalah tapi ini merupakan stres yang baik”, kata kepada Bernama.

Menurut pendidik Fatimah Mansur, stres melonjakkan produktiviti seperti bila pelajar menghadapi peperiksaan.

“Pelajar berusaha dengan lebih keras bila peperiksaan telah hampir manakala pekerja di pejabat bekerja dengan lebih cepat bila waktu pulang sudah dekat", kata beliau.

Fatimah berkata, orang ramai perlu mendapat stres yang sesuai untuk produktif dalam kehidupan seharian.

“Anda boleh guna dan gembleng stres untuk menjadi lebih produktif,” kata Fatimah lagi.

Risalah Kementerian Kesihatan

Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara punca stres ialah beban kewangan, masalah rumah tangga, menunggu terlalu lama, mangsa buli, beban kerja yang tinggi, suasana persekitaran yang tidak sihat, rasa rendah diri, kesesakan jalan raya, serta tragedi.

Seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan kegelisahan, risau keterlaluan dan gangguan emosi, insomnia (tidak dapat tidur), kurang fokus dan tumpuan kerja serta resah dan cepat marah.

Mereka digalakkan mengambil 10 langkah ‘B’ iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata ‘relakslah’, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.

- Utusan

Sumber : http://serikasih.blogspot.com/2009/02/stres-mungkin-baik-untuk-anda.html
 
Blogger Templates