PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
2006 – 2010
Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan Negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing Negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke-21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti system pendidikan Negara. Justeru Pelan Induk Pembangunan Pendidikan [PIPP] 2006-2010 telah dirangka untuk melaksana dan merealisasikan satu system pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP akan menjadi garis panduan yang jelas kepada semua pihak supaya segala dasar , program dan aktiviti pendidikan yang dirancang dilaksanakan dengan cemerlang.
Ringkasan Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010
1. Membina Negara bangsa
- Memperkasakan Bahasa Malaysia
- Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
- Memupuk kecintaan terhadap seni , warisan dan budaya bangsa
- Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari
2. Membangunkan modal insan
- Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada
- Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan
- Memupuk murid supaya memiliki kemahiran dan keterampilan
- Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistic
- Memperkukuh disiplim murid
- Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin
- Memantapkan kurikulum
3• Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
- Pemantapan kepimpinan pengetua dan kualiti guru
- Pengukuhan budaya sekolah
- Penambah-baikan aktiviti kokurikulum dan sukan
- Penambah-baikan sistem sokongan
- Peningkatan prestasi akademik
4. Merapatkan jurang pendidikan
- Mebangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar
- Meningkatkan kadar penyertaan dan pengurangan risiko keciciran
- Menambah baik sistem pengagihan bantuan pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti.
5. Memartabatkan profesion keguruan
- Memantapkan latihan perguruan
- Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru
- Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
- Memastikan kepimpinan teguh dan berkesan
- Memberikan lebih autonomi kepada sekolah
- Mewujudkan sistem akauntabiliti
- Mewujudkan piawaian dan penanda arasan
- Menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan
- Merintis perubahan dan pembaharuan
No comments:
Post a Comment