About

01 January 2011

Hari Pendaftaran Pelajar Ting. 1 dan Peralihan (1 Januari 2011)


Carta Alir semasa Hari Pendaftaran untuk panduan ibu bapa yang hadir.

Sesi pendaftaran di Anjung Ilmu.
Kelihatan ramai ibu bapa yang hadir bersama anak-anak mereka yang akan memulakan pembelajaran di Tingkatan 1 dan Peralihan di SMKTDS seawal jam 8.00 pagi.



Kelengkapan yang perlu dibeli oleh ibu bapa iaitu Fail Personalia, Kad 001 dan tanda nama di kaunter pendaftaran di Anjung Ilmu.



Suasana di kaunter pendaftaran.
Suasana di kaunter jualan baju ko-kurikulum oleh ahli Koperasi SMKTDS.



Sesi taklimat untuk semua ibu bapa pelajar di Dewan SMKTDS bermula jam 8.30 pagi.
Tuan Haji Shaharuddin merangkap Pengetua SMKTDS memberi ucapan alu-aluan dan amanat untuk para ibu bapa mengenai profil sekolah dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar.

 
Cik Normah selaku kaunselor sekolah memberi taklimat ringkas kepada para ibu bapa bagi sesi pendaftaran yang akan berlangsung sebaik sahaja selesai sesi taklimat bersama ibu bapa diadakan.
En. Zaki (Penyelia Petang SMKTDS) membuat beberapa pengumuman bagi memastikan sesi pendaftaran berjalan dengan lancar.




Semua pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan menjalani sesi fotografi bertempat di bilik PPSMI yang diketuai oleh En. Hunaidi  dengan dibantu oleh Puan Khireen Nita dan Cik Intan Marini.



Sebahagian daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan yang akan memulakan sesi persekolahan di SMKTDS bermula 3 Januari 2011.



Tuan Haji Shaharuddin bersama Yang Dipertua PIBG, Prof Dr Maketab beramah mesra bersama ibu bapa yang hadir pada sesi taklimat di Dewan SMKTDS.
Sesi Taklimat Khas untuk ibu bapa pelajar-pelajar Peralihan telah diadakan di Makmal Bahasa.
Puan Tay Suat Gan (PK 1) sedang memberi taklimat kepada ibu bapa yang hadir dengan dibantu oleh Cik Shek, sementara pelajar-pelajar Peralihan dikehendaki menduduki ujian PINCH.
Keadaan di kaunter pendaftaran bagi kelas Peralihan.



Suasana di kaunter pendaftaran pelajar Tingkatan 1 kelas Rancangan Khas.



Suasana di kaunter pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 1 dikantin SMKTDS. Ibu bapa pelajar yang hadir perlu melengkapkan borang maklumat diri anak masing-masing untuk diserahkan kepada guru yang bertugas di kaunter pendaftaran pada pagi tersebut.
Sesi pendaftaran dijalankan di kantin SMKTDS.



Keadaan persekitaran sekolah ketika Hari Pendaftaran pada berlangsung pada 1 Januari 2011.

1 comment:

Leon Siew said...

Salam Sejahtera, nama saya Leon dari Lincoln University College.
saudara boleh melanjutkan pelajaran di college ini kerana college ini menawarkan hostel dan transport percuma apabila saudara belajar mengikuti khusus Pre-University atau khusus-khusus Diploma yang ditawarkan di Lincoln University College.
Saudara atau saudari yang berminat boleh menelefon saya atau sms saya, Leon 012-6575693. Hanya membayar pendaftaran RM500 sahaja dah boleh masuk kelas belajar dan baki yuran pembelajaran kita boleh menolong anda mendapatkan pinjaman Ptptn. Sila mempertimbangkan tawaran ini.

Terima Kasih.

 
Blogger Templates