About

07 July 2010

Laporan Kelab Koir SMKTDS 2010




Laporan Kelab Koir 2010

Bagi Pasukan Koir SMK Taman Desa Skudai, tahun 2010 telah bermula dengan penuh antisipasi. Dengan pemergian En. Koay Dong Liang, pengasas pasukan koir Dolce, ahli-ahli koir telah kehilangan “bapa” mereka. Namum demikian, pasukan koir Dolce telah diganti dengan seorang "ibu” pula, Pn Cecilia Zamira Louis.

Bilangan ahli koir juga bertambah, dengan kemasukan ahli-ahli baru dari Tingkatan Satu dan ahli lelaki baru. Kini pasukan koir Dolce memnpunyai lebih daripada 40 orang ahli.

Pada awal tahun 2010, pasukan koir telah diberi penghormatan untuk menyertai Koir MSSM, Negeri Johor. Setelah 15 tahun, tibalah masanya untuk Negeri Johor menjadi tuan rumah bagi Kejohanan MSSM. Pihak pengajur ingin menwujudkan satu pasukan koir yang terdiri daripada 10 buah sekolah di Johor Bahru, dan pasukan koir Dolce telah diberi penghormatan untuk menyertai pasukan KOIR MSSM.

Semua latihan berpusat telah diadakan di SMK IJ Convent. Pasukan Koir MSSM telah melatih sebanyak 9 buah lagu utnuk dipersembahkan pada Majlis Pembukaan dan Majils Penutupan MSSM.

Ini merupakan kali pertama ahli-ahli koir dapat bersemuka dengan dif terhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, selaku Menteri Pelajaran Malaysia.

Semua ahli koir bersetuju bahawa walaupun ada masanya mereka rasa kepenatan melatih dan juga terpaksa menumpukan perhatian terhadap pelajaran, namun pengalaman yang mereka terima amat berharga.


Disediakan oleh,
Shamitra Ann Francis

No comments:

 
Blogger Templates