About

29 March 2012

Pesta Ponggal oleh Persatuan Bahasa Tamil (27 Februari 2012)

Bubur nasi yang telah siap dimasak dihias indah oleh para pelajar untuk dinilai oleh guru-guru penasihat Persatuan Bahasa Tamil.





Pelajar-pelajar India turut menyiapkan kolum yang disediakan oleh mereka sendiri dengan begitu kreatif sekali.



Guru penasihat Persatuan Bahasa Tamil, Puan Kartiyani A/P Rama Krishnan dan Puan Puhana Watia A/P Hanumandan bergambar kenangan bersama PK Kokurikulum, Puan Azlina Mohamad dan guru-guru penasihat Kelab Fotografi, Puan Nor Aida Muhammad Sum dan Puan Nordiana Ahmad.


Puan Indumathy menjadi pengadil untuk menilai kumpulan yang berjaya menghasilkan bubur yang paling enak.


Ahli-ahli Persatuan Bahasa Tamil yang terlibat sempena Pesta Ponggal yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta guru.

PESTA PONGGAL

Suatu festival yang dilakukan oleh kaum Hindu. Menurut kepercayaan mereka ianya untuk menghormati tuhan matahari yang telah memberi mereka rezeki. Selain itu, festival ponggal dilakukan sebagai tanda kesyukuran mereka kepada tuhan matahari mereka. Festival ponggal diambil sempena nama sebuah bubur yang dimasak pada festival tersebut. Antara bahan-bahan yang untuk memasak ponggal ialah susu,beras dan gula merah. Setelah bubur ponggal ini siap dimasak ianya berwarna merah dan rasanya amat manis. Setelah siap, bubur ini hendaklah dipersembahkan kepada tuhan mereka dan seterusnya dimakan oleh seisi keluarga atau rakan-rakan.

Disediakan oleh Muhammad Muaz (Ahli Kelab Fotografi SMKTDS)

No comments:

 
Blogger Templates