About

15 June 2011

MAJLIS PERPISAHAN TUAN HAJI SHAHARUDDIN ANJURAN KEBIRU (23 APRIL 2011)


Tetamu yang diraikan mantan pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari diraikan di dalam Majlis Perpisahan anjuran ahli jawatankuasa Kelab Bilik Guru (KEBIRU) 2011 bertempat di kantin sebaik sahaja selesai acara sukantara.


Ustaz Zakir Abdul Razak sedang membacakan doa sebelum majlis bermula.


Tuan Haji Shaharuddin memberi ucapan terakhir buat semua guru sesi pagi dan petang dan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada beliau sepanjang tempoh beliau berkhidmat di SMK Taman Desa Skudai sejak Januari 2009.


Ucapan daripada mantan pengetua.


Guru-guru sesi pagi dan petang sesi 2011.





Acara penyampaian hadiah cenderahati sumbangan pihak KEBIRU dan kad ucapan daripada semua guru kepada Tuan Haji Shaharuddin sebagai tanda kenang-kenangan.



Tuan Haji Shaharuddin turut berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada semua guru yang hadir sebagai tanda ingatan.


Acara pemotongan kek perpisahan sumbangan KEBIRU 2011.



Persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 ketika majlis jamuan berlangsung.


Jamuan buat semua guru yang hadir.


Sesi bergambar bersama mantan pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Saari bersama semua guru SMKTDS.

No comments:

 
Blogger Templates