About

18 June 2011

KEJAYAAN PASUKAN SOLAR CAR SMKTDS 2011 (7 MEI 2011)

Tahniah buat Pasukan Kereta Solar SMKTDS 2011

Dari kiri : Vinothkanna A/L Manogaran (5UTHM), Nik Amirah Syazlin Binti Rozman (4UTM) dan Tho Jian Xiang (5UTHM)


Sekalung tahniah buat Pasukan Kereta Solar SMK Taman Desa Skudai kerana telah mengharumkan nama sekolah dalam Festival Sains dan Teknologi Tahun 2011 anjuran PPD Johor Bahru dengan menjadi Johan Pertandingan Kereta Solar. Festival Sains dan Teknologi ini telah berlangsung pada 7 Mei 2011 (Sabtu) di SMK Dato' Usman Awang.


Pasukan Kereta Solar tahun 2011 telah mengulangi kejayaan yang sama pada tahun lepas pada peringkat Daerah Johor Bahru dan pelajar-pelajar yang terlibat adalah di bawah bimbingan Cikgu Vikneswary A/L Madhaven.

Pasukan ini akan mewakili Daerah Johor Bahru ke Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di Segamat dalam masa terdekat ini.

Semoga Pasukan Kereta Solar ini berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan warga sekolah mengucapkan "Selamat Maju Jaya".

No comments:

 
Blogger Templates