About

22 January 2011

Program Sewaktu bersama NILAM- Khamis (13 Januari 2011)


Program Sewaktu Bersama NILAM ini telah dicetuskan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari.

Program Sewaktu Bersama NILAM ini dimulakan pada setiap hari Selasa dan Khamis pada masa pertama dengan dipantau oleh guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pelajar-pelajar Tingkatan 4 berkumpul di Dataran Wawasan untuk membaca suratkhabar News Strait Times.

Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terlibat melakukan pemantauan ketika sesi NILAM diadakan pada masa pertama.


Pelajar-pelajar Tingkatan 3 berkumpul di kantin untuk memulakan sesi bacaan NILAM mereka.


Suasana di Dataran Wawasan ketika program NILAM berlangsung.


Pelajar-pelajar begitu tekun menghabiskan bahan bacaan mereka dan membuat catatan di dalam Buku Rekod NILAM.

No comments:

 
Blogger Templates