21 July 2010

Laporan Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor 2010- 6 Julai 2010



Pada 6 Julai 2010 yang lepas, bertempat di Dewan Hayati, MAWAR, Johor Bahru, ahli-ahli Kelab Koir SMK Taman Desa Skudai telah menyertai "Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik antara Kelab Rukunegara Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor 2010".
Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Asolan A/L Muniyandy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor.

Sebanyak 9 buah sekolah menengah telah mewakili daerah masing-masing ke pertandingan ini. Semua peserta daripada setiap sekolah menunjukkan persembahan yang mantap dan baik. Pasukan koir SMK Taman Desa Skudai tidak kurang hebatnya walaupun pada saat yang akhir pasukan Kelab Koir mendapati bahawa pihak penganjur tidak mempunyai "minus –one" untuk lagu wajib sebagaimana tercatat dalam syarat pertandingan. Keadaan ini tidak mematahkan semangat ahli-ahli Kelab Koir SMK Taman Desa Skudai dan semua ahli telah mendendangkan lagu wajib mereka secara "accapella".

Persembahan pasukan koir ini nyata cukup membanggakan kerana telah memenangi hadiah Saguhati sebanyak RM200.00. Sesungguhnya pengalaman yang dikutip semasa hari pertandingan cukup memberi makna kepada setiap ahli Kelab Koir dan tidak ternilai harganya.

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan koir DOLCE dari SMK Taman Desa Skudai.

Disediakan oleh
SHAMITRA ANN FRANCIS

No comments: