Selamat berkunjung ke blog SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Memuatkan koleksi gambar, informasi terkini mengenai aktiviti-aktiviti sekolah, perkongsian artikel-artikel pendidikan, pautan-pautan untuk mengakses koleksi soalan PMR dan SPM untuk dikongsi bersama
Emel Sekolah :
smktds1077@gmail.com
.
Pelan Lokasi SMKTDS
Sample Text
smktamandesaskudai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini
Perhimpunan Rasmi Mingguan (Isnin, 2 Februari 2010)
Ucapan guru bertugas pada minggu lepas (1/2 hingga 5/2/2010) - Puan Nordiana Ahmad.
Penyampaian cenderahati oleh Tuan Pengetua kepada Ketua Tingkatan Kelas 5 UTHM (Eddy Ikmal) kerana memenangi "Pertandingan Kelas Terbersih".
Haji Shaharuddin mengalungkan pingat kepada pemenang Pertandingan Catur MSSD Joor Bahru yang telah mendapat tempat ke-10.
Pemberian limau kepada semua pelajar yang diwakili oleh Ketua Tingkatan kelas masing-masing sempena "Program Sentuhan Kasih" bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba.
Ketua Tingkatan menerima bingkisan limau daripada Tuan Pengetua.
GPK 1, Puan Tay Suat Gan menyampaikan ucapan dan mengingatkan pelajar agar memanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah seperti mengulangkaji pelajar untuk persediaan Penilaian Kurikulum 1 yang bermula pada 8 Mac 2010.
Pelajar-pelajar SMKTDS menyanyikan "Lagu Gong Xi Fa Chai" bersama-sama.
No comments:
Post a Comment