About

Ucapan

Ucapan

05 August 2009

Ceramah Israk & Mikraj dan Teknik Menjawab SPM BI

Ceramah Sempena Sambutan Israk dan Mikraj Tarikh : 31 Julai 2009
Tempat : Surau SMKTDS
Penceramah : PM Dr. Hishamuddin Bin Alham
Pensyarah Fakulti kejuruteraan Mekanikal UTM, Skudai



Artikel berkenaan Peristiwa Israk dan Mikraj.

Kini kita berada di penghujung bulan Rejab 1430 Hijrah. Bulan berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj keatas Nabi Muhammad S.A.W pada tahun kesebelas selepas kenabian Baginda S.A.W. Pada malam tersebut Allah S.W.T telah memperjalankan Baginda daripada Masjid Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Seterusnya Baginda diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T dan kembali semula ke Mekah dalam masa satu malam sahaja.

Salah satu fakta menggambarkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW adalah peristiwa Israk dan Mikraj yang sentiasa diingati setiap Rejab. Walaupun ada beberapa pandangan berbeza menentukan tarikh sebenar peristiwa itu seperti dilaporkan kitab Al-Rahiq Al-Makhtum karangan al-Mubarakfuri.

Firman Allah S.W.T didalam surah al-IsraK ayat 1 yang bermaksud :
"Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk diperlihatkan kepada-Nya tanda kekuasaan kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Ketika memperingati peristiwa naiknya Rasulullah SAW menghadap Allah, sememangnya ilmu dan penghayatan kita akan terus bertambah dalam menjalankan ibadat solat kerana kita sentiasa menambah baik maklumat sedia ada dengan maklumat baru dalam al-Quran dan hadis.

Salah satu bentuk pengajaran dapat kita lihat melalui perintah Allah mengenai solat. Dengan ilmu mengenai solat maka jalan mengenal Allah sudah kita fahami dan seterusnya hubungan ini akan sentiasa erat dan akrab. Akhirnya, ujian apapun yang menghadang di setiap simpang jalan dakwah tidak dirasai terlalu berat kerana hati sentiasa menikmati kemanisan berdekatan dengan Allah.

Sesungguhnya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi SAW adalah musafir terbaik pernah dialami Baginda. Ia ibarat hadiah bernilai yang bermatlamatkan menghapus kesedihan demi kesedihan Rasulullah SAW selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah.

Bukan hanya itu, tragedi keganasan dan penolakan dakwah dilakukan penduduk Taif kepada Rasulullah SAW dan Zaid bin Harithah menjadi ujian terhebat yang menumpahkan darah Nabi SAW sehingga kasut Baginda dibasahi darah.

Hal itu tidak menjejaskan hikmah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj sebagai panduan bagi mereka yang berjalan di atas jalan dakwah.

Melalui perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah yang mewajibkan sembahyang lima waktu sebagai ikatan kukuh antara hamba dengan Penciptanya, sesungguhnya ia memberi gambaran kepentingan ibadah ini.

Sumber ini dipetik dari http://maahad-ahmadi.blogspot.com



Teknik Menjawab SPM Bahasa Inggeris








No comments:

 
Blogger Templates