About

18 April 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Hari : Jumaat ( 17 April 2009)
Masa : 7.15 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Surau, SMK Taman Desa Skudai, JB
Penceramah : Tuan Hj. Mokri bin Sabran
NGO Jemaah Islah Malaysia



Aturcara Majlis
7.00-7.15 Pelajar Dan Guru Berkumpul Di Dataran
Selawat Beramai-ramai

7.30 pagi Bacaan Al-Quran Dan Terjemahan Oleh Pelajar

8.00-9.45 Ceramah Oleh Penceramah Jemputan

10.00 pagi Beredar
Jamuan

10.30 pagi Pelajar Masuk Ke Kelas Masing-masing

Biodata Penceramah

Nama : Hj. Mokri bin Sabran

Kelulusan : Sarjana Muda Mathematical Sciences, University Of Newcastle Upon Tyne
Diploma Sains Pengurusan (INTAN)

Pekerjaan : Pengarah KBM Excellence ( eniti yang melaksanakan program motivasi )
Pengurus Kanan Johor Port Berhad

Pengalaman :
1. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Remaja dan Belia dalam Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia ( JIM ). Secara spesifik JIM telah bekerjasama dengan Jabatan Agama Johor dalam melaksanakan program ‘Anda Bijak Menjauhi Zina’. Kelab Remaja JIM satu unit dalam JIM telah melaksanakan program Pembangunan Memperkasakan Usrah bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

2. Menjadi pengendali program motivasi Remaja, Belia dan Guru melebihi 200 buah sekolah di seluruh Malaysia terdiri dari sekolah harian biasa ke sekolah berasrama, Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM. Program utama adalah Keindahan Bersama Mu (KBM) yang memberi fokus kepada peningkatan hubungan dengan Allah, Rasul, Ibu Bapa, Rakan dan Guru.

3. Telah terlibat dalam aktiviti sukarela bersama Remaja, menyantuni masyarakat yang serba kekurangan dan perlu dibantu di negeri Johor, menyertai rombongan remaja ke Aceh dalam usaha memberi kesedaran kepada remaja akan kesempitan hidup yang dilalui oleh mangsa Tsunami.

4. Melaksanakan usaha-usaha membina potensi remaja untuk meningkatkan kemampuan, izzah diri, kepimpinan dan kesukarelaan.

5. Menjalankan aktiviti pembangunan Remaja di masjid, surau di seluruh Malaysia, dalam program Masjid Mesra Remaja dan Jom Imarah Masjid.

6. Telah terlibat aktif dengan aktiviti remaja selama 15 tahun.






No comments:

 
Blogger Templates