About

13 March 2009

Permohonan ke IPTA tutup 23 Mac

KUALA LUMPUR: Tarikh tutup permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui aplikasi dalam talian bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008 ditetapkan pada 23 Mac ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan semalam, berkata permohonan melalui aplikasi itu sudah dibuka mulai 3 Februari lalu melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di
http://upu.mohe.gov.my/ , manakala calon yang ingin ke Universiti Sains Malaysia perlu mengemukakan terus permohonan melalui laman web rasmi universiti itu di http://pohon.usm.my/.

Kementerian juga menasihati semua pemohon lepasan STPM 2008 supaya mengemukakan permohonan awal bagi melicinkan pengurusan permohonan.

Sebarang kemusykilan hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-88835801,03-88835802 dan 03-88835848 atau e-mel
upu@mohe.gov.my.

No comments:

 
Blogger Templates