About

08 February 2009

Kelebihan Menuntut Ilmu







Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkannya jalan menuju ke syurga dan para malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yang menuntut ilmu kerana suka akan mereka.




Sesungguhnya orang yang alim juga akan dipohonkan keampunan oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sehinggakan ikan di air, dan kelebihan seorang yang berilmu dengan seorang 'abid sama seperti bulan purnama berbanding dengan cakerawala-cakerawala yang lain.




Sesungguhnya 'ulamak itu pewaris para Nabi dan sesungguhnya para Nabi tidak sedikit pun meninggalkan harta walau satu dinar atau satu dirham, sesungguhnya mereka hanyalah mewariskan ilmu, maka sesiapa yang mendapatkan ilmu bererti ia telah memperolehi bahagiannya yang besar."



-Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi

No comments:

 
Blogger Templates