About

19 January 2009

Jasamu Akan Kami Kenang, Budimu Tidak Dapat Kami Balas. Istimewa buat Tn Hj Kassim B Mahadi




Tahniah di atas kenaikan pangkat yang diperoleh oleh Yang Dihormati Tuan Haji Kassim Bin Mahadi...

Jasamu Akan Kami Kenang.....
Sentiasa ingat pada kami di sini ...

Dikau Bagai Permata Yang Hilang....


Semoga Tuan Hj Kassim sentiasa mendapat rahmat dari Allah dan sihat sejahtera hendaknya di samping isteri dan anak-anak. Kami warga SMKTDS mengucapkan ribuan kemaafan dari
Tuan Hj Kassim sekiranya sepanjang kami bersama
Tuan Hj Kassim ada keterlanjuran bahasa dan tingkah laku
yang menginggung perasaan Tuan Hj.


credit www.freewebpageheaders.com

Sajak : GURU OH GURU

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

____________________
Usman Awang, 1979


Antara kenangan bersama

Tuan Haji Kassim Bin Mahadi

bersama warga SMK Taman Desa Skudai, JB....



















No comments:

 
Blogger Templates