About
21 January 2020
03 December 2019
19 November 2019
Pencapaian Pasukan Kompang SMK Taman Desa Skudai pada tahun 2019
Pencapaian Pasukan Kompang SMK Taman Desa Skudai pada tahun 2019 :
1. Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Daerah Johor Bahru
Anjuran : PPD JB
Tempat : SMK Tmn Bukit Indah
Keputusan : Johan
2. Pertandingan Kompang Melayu Negeri Johor
Anjuran : Majlis Daerah Tebrau
Tempat : Dewan Terbuka Desa Mutiara
Keputusan : Tempat ke-3
3. Pertandingan Kompang Pengantin Negeri Johor
Anjuran : MTG team
Tempat : Pusat Membeli-belah Angsana
Keputusan : Tempat ke-5
18 November 2019
Majlis Sanjungan Budi (18 November 2019)
Majlis Sanjungan Budi Anjuran KEBIRUS
Tarikh : 18 November 2019 (Isnin)
Tempat : Makmal Bahasa SMKTDS
Masa : 2.00 p.m.
Majlis ini meraikan Ustaz Hazman Bin Ismail & Dr Noor Dayana Binti Abdul Halim. Ustaz Hazman bakal bertugas di kampung halaman pada tahun hadapan. Dr Noor Dayana pula yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan UTM telah menamatkan latihan ikhtisas staf UTM di SMK Taman Desa Skudai selama setahun sebagai memenuhi syarat kenaikan pangkat.
Warga SMKTDS mengucapkan selamat bertugas di kampung halaman, Terengganu buat Ustaz Hazman. Terima kasih atas jasa dan bakti yang dicurahkan oleh mereka berdua buat anak-anak SMKTDS.
Semoga memori di SMKTDS akan terpahat dalam ingatan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Azlan Haniff.
Ucapan Pengetua Cikgu Ahmad Shakir Bin Jaafar
Ustaz Hazman memberikan ucapan
Ucapan Dr Dayana
Sesi penyampaian cederahati kepada Dr Dayana
Sesi penyampaian cenderahati kepada Ustaz Hazman
Guru-guru SMKTDS
Sesi jamuan
Labels:
Galeri 2019,
Gambar Guru,
Majlis Anjuran KEBIRU
Subscribe to:
Posts (Atom)




















