About

15 March 2019

Program HIP & KEBIRUS - Hiking Tasik Biru Kangkar Pulai , Johor (15 Mac 2019)


Program HIP & KEBIRUS - Hiking Tasik Biru Kangkar Pulai , Johor 

Tarikh : 15 Mac 2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi



Ahli KEBIRUS bersama-sama ahli keluarga yang menyertai program Hiking Tasik Biru bergambar kenangan sebelum memulakan pendakian.




Sesi pemanasan badan.



Aktiviti pendakian bermula.













Alhamdulillah berjaya sampai ke puncak dan menikmati keindahan Tasik Biru yang cukup indah.















Tasik Biru terletak di Bandar Baru Kangkar Pulai. Berjalan kaki sejauh 1 km melalui ladang kelapa sawit dan dalam 50 meter mendaki akan sampai ke puncak. Melalui puncak bukit ini akan dapat melihat pemandangan Tasik Biru. Di atas puncak bukit ada 2 laluan, ke kanan menuruni bukit akan sampai ke kaki Tasik Biru. Manakala sebelah kanan ada lalulan jalan kebun dan berbukit denai sejauh 7 km menyusuri lereng bukit untuk sampai kembali ke Tasik Biru. Laluan sebelah kanan trek 5 km akan jumpa 2 empangan, lalu kiri masuk menuruni bukit akan sampai ke lurah Tasik biru. Untuk yang gemarkan sukan lasak, hiking or berbasikal boleh melalui trek sejauh 7 km. Trek terbaik. Laluan kebun kelapa sawit, hutan muda, semak belukar, berbukit jeram. Untuk jalan pulang daripada Tasik Biru anda akan jumpa 2 tasik empangan. Di sini banyak ikan, pantang dicampak roti pasti ikan akan datang mengerumuni dengan rakus. Menyusuri tepi tasik untuk sampai ke empangan ke 2. Dari empangan ke 2 mendaki bukit, semak dan bertepian tinggi baru berjumpa Lurah Tasik Biru. Akhir sekali, akan jumpa kembali jalan pertama dan kluar dari Tasik Biru. Boleh dikatakan separuh perjalanan mengelilingi bukit tepian Tasik Biru.



14 March 2019

Keputusan SPM Tahun 2018 (14 Mac 2019)


Keputusan SPM Tahun 2018

Tempat : Makmal Bahasa









Ucapan Pengetua, Cikgu Ahmad Shakir







Yang Dipertu PIBG, En. Norzri Bin Hj Mokhtar menyampaikan cenderahati kepada calon SPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2018.










Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang cemerlang.
Kepada mereka yang memperoleh keputusan kurang memberangsangkan diharap tidak berputus asa dan terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi.







Calon-calon mengambil keputusan SPM masing-masing di Anjung Ilmu.





07 March 2019

Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali ke-16 SMKTDS Tahun 2019 (7 Mac 2019)


Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali ke-16 SMKTDS Tahun 2019 telah diadakan pada 7 Mac 2019 (Khamis). 

Rumah Merah telah menjuarai kejohanan sukan untuk tahun ini.

02 March 2019

Persembahan Kompang SMK Taman Desa Skudai dalam Pertandingan Kompang Raja Sehari Edisi 2 2019



Pasukan "The Kompang Boyz" telah mendapat tempat ke 6 daripada 15 peserta dan Pertandingan Kompang Raja Sehari Edisi 2 pada 2 Mac 2019 di Plaza Angsana Johor Bahru.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Kompang SMKTDS dan guru-guru yang terlibat.
 
Blogger Templates