About

05 May 2010

Kejohanan Olahraga MSSD 2010

Kejayaan Kontigen SMK Taman Desa Skudai
4 Emas
3 Perak
3 Gangsa

Emas
Gerald Nambing A/K Gregory (Lontar Peluru)
Muhd Izhafiz Bin Izami (400 meter L B18)
Caleb Zheng (400 meter & 4 x 400 meter L B15)
Sugeden AL Santhiran (4 x 400 meter L B15)
Muhammad Izhar Bin Bukhari (4 x400 meter L B15)
Terry Kendawang A/L Thomas (4 x 400 meter L B15)
Perak
Muhd Izhafiz Bin Izami (Rejam Lembing L B18 )
Sugeden A/L Santhiran (400 meter L B15)
Muhd Shami Aniq (Lontar Peluru L B15)
Gangsa
Muhd Shahmi Aniq (Lempar Cakera L B15)
Nur Intan Baiduri ( Lompat Jauh P B18)
Sugeden AL Santhiran (200 meter L B15)




Barisan peserta 4x400 m (Lelaki Bawah 15) yang memenangi pingat Emas.



Barisan peserta 4x400 meter (Lelaki Bawah 18)







Caleb Zheng yang memenangi anugerah Olahragawan Lelaki Bawah 15 Tahun.





Tahniah kepada pelajar-pelajar berikut kerana telah terpilih untuk mewakili Daerah Johor Bahru ke Kejohanan Olahraga MSSJ di Muar, Johor pada 20 hingga 25 April 2010.

Mereka ialah :
1. Muhd. Izhafiz Bin Izami (400 meter L B18)
2. Sugendan A/L Santhiran (400 meter L B15)
3. Gerald Nambing A/K Gregory (Lontar Peluru L B18)
4. Caleb Zheng (400 meter L B15)
5. Muhd. Shahmi Aniq (Lontar Peluru L B15)



ERRIC







01 May 2010

Laman Web Koleksi Soalan dan Latihan Sejarah SPM

Kepada semua guru & pelajar, anda boleh melayari laman web berikut untuk mendapat bahan rujukan untuk mata pelajaran Sejarah SPM :
Sila link berikut : http://sejarahspm.com



Status Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA



Status Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Diketahui Sabtu ( 1 Mei 2010)

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengah hari Sabtu.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan berkata calon-calon yang mahu memeriksa status kemasukan itu boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Mereka juga boleh melayari laman web
http://upu.mohe.gov.my
, http://jpt.utm.my, dan http://jpt.uum.edu.my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini.

Kementerian itu berkata pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui laman web rasmi beberapa IPTA iaitu di
http://www.um.edu.my/kemasukan
, http://www.esmp.upm.edu.my/tawaran, http://jpt.utm.my/, http://iiu.edu.my/kemasukan/tawaran.html, http://www.upsi.edu.my/tawaran, http://www.istudent.uitm.edu.my/intake, http://www.unimas.my/Kemasukan/Program Asasi, http://www.webapp.uthm.edu.my/tawaran
, http://www.umt.edu.my/tawaran.php, http://www.usim.edu.my/kemasukan/tawaran, http://www.utem.edu.my/kemasukan, http://www.ump.edu.my/kemasukan, http://www.unimap.edu.my/tawaran, http://www.udm.edu.my/tawaran atau http://www.upnm.edu.my/kemasukan/tawaran
.

Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010, manakala bagi pendaftaran bagi Program Asasi Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula adalah pada 23 Mei ini.

Bagi calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA, mereka dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (Bpkp Jpt) dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 15 Mei dan keputusannya akan dimaklumkan pada minggu ketiga Julai 2010.

Kredit --
BERNAMA
 
Blogger Templates