About

24 March 2019

Kejayaan Pelajar-pelajar SMK Taman Desa Skudai Tahun 2019




Muhammad Irfan Izuan bin Sopian (3UPM)

Pemenang pingat gangsa bagi acara Lompat Tinggi LB MSSD Johor Bahru 2019




Muhammad Haikal Hazim bin Maswadi (3UTHM)

Pemenang pingat perak bagi acara 400m LB MSSD Johor Bahru tahun 2019





 Teow Yong Ting (3RK)

Pemenang pingat perak acara renang 800m gaya bebas dalam Kejohanan Akuatik MSSJ Tahun 2019





Bryan Lau Sze Kai (1 UPSI)

Kejohanan Para Renang Terbuka Malaysia MSN/ASUM/MILO/MPK 2019 pada 19 -24 Mac 2019 di Pusat Akuatik MPK, Kuantan, Pahang









Pasukan "The Kompang Boyz" telah mendapat tempat ke 6 daripada 15 peserta dalam Pertandingan Kompang Raja Sehari Edisi 2 pada 2 Mac 2019 di Plaza Angsana Johor Bahru






Tahniah Pasukan Kompang Sekolah kerana telah menjadi Johan Pertandingan Kompang Formasi Daerah Johor Bahru Tahun 2019 pada 13 Julai 2019.




Tahniah dan syabas kepada Mohd Irfan Izuan Bin Sopian (3UPM) dan Muhammad Haikal Hazim Bin Maswadi (3UTHM) kerana telah berjaya membantu pasukan Bola Sepak Bawah 15 tahun menjadi Johan dalam Pertandingan Bola Sepak MSSJ bagi tahun 2019

Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) telah dikelolakan oleh MSSD Kluang pada 10 - 13 Julai 2019.





Tahniah Wee Qin Lan Nur Qistina kerana telah mendapat tempat ke-2 dalam Festival Permainan Tradisional Peringkat Daerah Johor Bahru (Pertandingan Congkak) pada 14 September 2019 di SK Khir Johari.


Wee Qin Lan akan mewakili Daerah Johor Bahru ke Pertandingan Permainan Tradisional Negeri Johor 2019 pada 15 September 2019 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Johor Bahru. Daerah Johor Bahru telah mendapat tempat kedua. Tahniah diucapkan.



15 March 2019

Program HIP & KEBIRUS - Hiking Tasik Biru Kangkar Pulai , Johor (15 Mac 2019)


Program HIP & KEBIRUS - Hiking Tasik Biru Kangkar Pulai , Johor 

Tarikh : 15 Mac 2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi



Ahli KEBIRUS bersama-sama ahli keluarga yang menyertai program Hiking Tasik Biru bergambar kenangan sebelum memulakan pendakian.




Sesi pemanasan badan.



Aktiviti pendakian bermula.













Alhamdulillah berjaya sampai ke puncak dan menikmati keindahan Tasik Biru yang cukup indah.















Tasik Biru terletak di Bandar Baru Kangkar Pulai. Berjalan kaki sejauh 1 km melalui ladang kelapa sawit dan dalam 50 meter mendaki akan sampai ke puncak. Melalui puncak bukit ini akan dapat melihat pemandangan Tasik Biru. Di atas puncak bukit ada 2 laluan, ke kanan menuruni bukit akan sampai ke kaki Tasik Biru. Manakala sebelah kanan ada lalulan jalan kebun dan berbukit denai sejauh 7 km menyusuri lereng bukit untuk sampai kembali ke Tasik Biru. Laluan sebelah kanan trek 5 km akan jumpa 2 empangan, lalu kiri masuk menuruni bukit akan sampai ke lurah Tasik biru. Untuk yang gemarkan sukan lasak, hiking or berbasikal boleh melalui trek sejauh 7 km. Trek terbaik. Laluan kebun kelapa sawit, hutan muda, semak belukar, berbukit jeram. Untuk jalan pulang daripada Tasik Biru anda akan jumpa 2 tasik empangan. Di sini banyak ikan, pantang dicampak roti pasti ikan akan datang mengerumuni dengan rakus. Menyusuri tepi tasik untuk sampai ke empangan ke 2. Dari empangan ke 2 mendaki bukit, semak dan bertepian tinggi baru berjumpa Lurah Tasik Biru. Akhir sekali, akan jumpa kembali jalan pertama dan kluar dari Tasik Biru. Boleh dikatakan separuh perjalanan mengelilingi bukit tepian Tasik Biru.



14 March 2019

Keputusan SPM Tahun 2018 (14 Mac 2019)


Keputusan SPM Tahun 2018

Tempat : Makmal Bahasa









Ucapan Pengetua, Cikgu Ahmad Shakir







Yang Dipertu PIBG, En. Norzri Bin Hj Mokhtar menyampaikan cenderahati kepada calon SPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2018.










Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang cemerlang.
Kepada mereka yang memperoleh keputusan kurang memberangsangkan diharap tidak berputus asa dan terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi.







Calon-calon mengambil keputusan SPM masing-masing di Anjung Ilmu.





 
Blogger Templates