Majlis Restu Ilmu Pelajar-pelajar Tingkatan 5 Tahun 2014
Tarikh : 2 November 2014 (Ahad)
Tempat : Anjung Ilmu
Masa : 10.30 pagi - 1.05 petang
Majlis Restu Ilmu SPM 2014 telah diadakan pada 2 November 2014 sebagai persediaan akhir untuk pelajar sebelum mereka menduduki SPM pada hari esok. Majlis telah diadakan di Anjung Ilmu dengan dihadiri oleh para pentadbir dan guru-guru subjek Tingkatan 5.
Bonda Pengetua, Puan Mahani Binti Sulaiman menyampaikan amanat dan kata-kata nasihat dan mengingatkan semua pelajar Tingkatan 5 SMK Taman Desa Skudai 2014 agar melakukan yang terbaik setelah guru-guru telah bertungkus lumus untuk memberikan ilmu yang secukupnya. Beliau turut menasihatkan agar semua calon SPM memohon maaf daripada kedua-dua ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan mereka.
Cenderahati yang diberikan kepada semua calon SPM SMK Taman Desa Skudai Tahun 2014.
Calon-calon SPM 2014 berkumpul di Anjung Ilmu ketika Majlis Restu Ilmu berlangsung.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah dan sesi salam bersalaman antara pelajar dan guru-guru subjek Tingkatan 5.