About
10 January 2012
Taklimat Penguatkuasaan Sistem Merit-Demerit (6 Januari 2012)
Encik Zailan, selaku PK Hal Ehwal Murid (HEM) sedang memberi penerangan khas kepada semua pelajar tentang penguatkuasan Sistem Merit-Demerit yang telah mula diperkenalkan pada tahun lepas.
Cikgu Julnizam sebagai Jawatankuasa Guru Disiplin Sekolah turut menyampaikan taklimat kepada semua pelajar sesi pagi di Dataran Wawasan pada pagi tersebut.
Pelajar-pelajar sesi pagi sesi persekolahan 2012 berkumpul di Dataran Wawasan untuk mendengar taklimat khas tentang Sistem Merit-Demerit.
Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (5 Januari 2012)
Pelajar-pelajar Tingkatan 4 sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh kaunselor sekolah, Puan Kamsiah tentang penawaran pakej mata pelajaran Tingkatan 4 di SMKTDS.
Taklimat dan ceramah mata pelajaran elektif untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 ini telah diadakan di Dewan SMKTDS.
09 January 2012
Mesyuarat Guru dan Lantikan AJK KEBIRU 2012
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid dan telah diadakan di Makmal
Bahasa.
Puan Siti Bahriah selaku Pengerusi Kelab Bilik Guru (KEBIRU) 2011 sedang menyampaikan ucapan dan seterusnya membubarkan AJK KEBIRU 2011.
Puan Syafeena selaku Bendahari KEBIRU 2011 sedang membentangkan belanjawan KEBIRU 2011 di hadapan semua guru SMKTDS.
Puan Cecilia memberikan ucapan setelah diberi mandat untuk menggalas jawatan Naib Pengerusi KEBIRU 2012.
Semua guru telah sepakat untuk melantik Encik Amir sebagai Pengerusi KEBIRU untuk sesi 2012.
Encik Amir sedang menyampaikan ucapan kepada guru-guru SMKTDS.
Agenda diteruskan dengan Post Mortem Sesi Pendaftaran Tingkatan 1 dan Peralihan untuk sesi persekolahan 2012 yang disampaikan oleh Penyelia Petang, Encik Zaki.
Mesyuarat Guru - Kurikulum (28 Disember 2011)
Mesyuarat Guru pada 28 Disember 2011 berlangsung di Makmal Bahasa dengan dipengerusikan oleh PK 1, Puan Tay Suat Gan.
Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada guru-guru.
Puan Nur Dalilati sedang menyampaikan taklimat PBS kepada semua guru SMKTDS.
Slaid PBS yang dipaparkan ketika mesyuarat diadakan.
Puan Hajjah Tg. Zarena, selaku Ketua Bidang Teknik dan Vokasional sedang menyampaikan Taklimat PBS khusus untuk subjek Kemahiran Hidup.
Mesyuarat Guru Kali Pertama Untuk Sesi Persekolahan 2012 (27 Disember 2012)
Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid selaku Pengetua SMK Taman Desa Skudai mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh semua tenaga pengajar SMKTDS untuk sesi persekolahan 2012.
Kata-kata hikmat yang turut diselitkan dalam paparan slaid beliau semasa mesyuarat berlangsung.
Sebaik sahaja selesai Mesyuarat Guru Kali Pertama, Puan Hajjah Fouziah meneruskan slot taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kepada guru-guru.
Suasana di Makmal Bahasa, tempat di mana berlangsung Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2012.
Puan Hajjah Fouziah sedang memberi penerangan lanjut kepada guru yang mengemukakan soalan ketika taklimat SBPA diadakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)