





Selamat berkunjung ke blog SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Memuatkan
koleksi gambar, informasi terkini mengenai aktiviti-aktiviti sekolah,
perkongsian artikel-artikel pendidikan, pautan-pautan untuk mengakses koleksi
soalan PMR dan SPM untuk dikongsi bersama
Emel Sekolah :
smktds1077@gmail.com.

Tuan Pengetua Haji Shaharuddin mempengerusikan mesyuarat guru. Mesyuarat dimulakan dengan mengesahkan minit Mesyuarat Guru Kali Pertama dan diikuti dengan taklimat mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
Berikut adalah gambar-gambar guru SMKTDS sepanjang mesyuarat dijalankan di Makmal Bahasa, SMKTDS. :


Taklimat daripada PK Kokurikulum- Puan Azlina mengenai penggunaan Buku Ko-kurikulum oleh pelajar yang perlu ditandatangani oleh guru-guru penasihat Badan Beruniform, Kelab Permainan, Persatuan Akademik & Bukan Akademik sebaik sahaja selesai aktiviti atau perjumpaan diadakan.


2) KATEGORI MENENGAH ATAS (TING. 4 & 5)
TEMA : PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

Sila serahkan penyertaan anda kepada guru Sains kelas masing-masing sebelum/pada 7 Ogos 2009.
Untuk makluman lanjut mengenai pertandingan berikut, sila kemukakan pertanyaan anda kepada guru-guru Sains dan Matematik kelas masing-masing. Penyertaan daripada semua pelajar SMKTDS sangat dialu-alukan kerana hadiah menarik telah disediakan.