About

15 May 2010

Acara Gotong-Royong Perdana 2010 (15 Mei 2010, Sabtu)

Gotong-royong Perdana 2010 sempena perayaan Hari Guru diadakan pada 15 Mei 2010.

-Tentatif :
i) Sesi senaman memanaskan badan & sesi latihan Tarian Poco-poco
ii) Aktiviti mengemas Bilik Guru dan Bilik-bilik Khas
iii) Aktiviti memasang papan tanda "Adab Bersama Guru" di kawasan Kantin
iv) Kelas memasak kek cawan di Bilik Masakan ERT
iv) Jamuan Nasi Dagang & kek cawan


Aktiviti dimulakan dengan senaman memanaskan badan diketuai oleh Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari.

Disusuli dengan sesi latihan Tarian Poco-poco untuk persembahan Hari Guru peringkat sekolah pada hari Isnin (17 Mei 2010).

Semua guru bersemangat mengatur langkah mengikut irama tarian Poco-poco.



Aksi guru-guru SMKTDS sebelum bermulanya acara Gotong-royong Perdana.


Sesi mendengar taklimat ringkas untuk perjalanan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang disampaikan oleh Puan Nor Arba'ayah.


Aktiviti gotong-royong memasang papan tanda "Adab Bersama Guru" oleh guru-guru lelaki menghiasi kawasan Kantin sekolah.



Aktiviti memasak kek cawan oleh guru-guru perempuan & jamuan nasi dagang sebaik sahaja tamat acara gotong-royong.


Wajah ceria guru-guru SMKTDS ketika menikmati hidangan.



Tersenyum ceria setelah penat mengemas Bilik Guru & Bilik-bilik Khas.

 
Blogger Templates