About

Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts

23 October 2013

Program Pesta Tanglung Anjuran Persatuan Bahasa Cina SMKTDS (7 September 2013)

LAPORAN PROGRAM PESTA TANGLUNG PERSATUAN BAHASA CINA SMKTDS TAHUN 2013

Program Pesta Tanglung telah dilaksanakan pada 7 September 2013 yang lalu dan berjalan seperti yang dirancangkan. Pesta ini disertai oleh para guru dan pelajar SMK Taman Desa Skudai. Ibu bapa pelajar turut dijemput untuk memeriahkan suasana.
 
Program tersebut bermula pada jam 6.30 petang di perkarangan SMK Taman Desa Skudai. Para guru, pelajar dan ibu bapa masing-masing mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Selesai mendaftarkan diri, para tetamu dapat menyaksikan Pameran Persatuan Bahasa Cina. Di samping itu, mereka turut berpeluang untuk menyertai teka-teki Tanglung. Jawapan teka-teki tanglung dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan.
 
Tepat pada jam 7.00 malam, Pertandingan Hula Hoop telah diadakan. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar yang hadir. Pn Nik Huei Shea dan Pn Rosalynn Woong Kar Ling memainkan peranan untuk menjayakan pertandingan tersebut. Acara pada malam Pesta Tanglung diteruskan dengan Pertandingan Larian Lilin. Pertandingan terakhir pada malam tersebut ialah Pertandingan Membuat Tanglung.
 
Pada jam 8.00 malam, ketibaan pengetua SMK Taman Desa Skudai iaitu Pn. Hjh Fouziah Bt Abu Hamid, diiringi oleh AJK PIBG iaitu En Lee Kok Siang, Pn Lee Jing Jing dan En Sutharsan A/L Raj. Pn Mak Ngai Yen telah selaku pengacara program pada hari tersebut telah menjemput Pn Hjh Fouziah untuk memberi ucapan sekaligus membuka tirai Pesta Tanglung secara rasminya.
 
Program tersebut diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Sempena sambutan Pesta Tanglung, pelbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya ialah Pertandingan Merekacipta Tanglung. Bagi memeriahkan acara, sesi cabutan bertuah turut diadakan.
 
Selepas sesi cabutan bertuah, semua pelajar, ibu bapa dan guru telah dijemput untuk menjamu selera di kantin. Sambil menjamu selera, para hadirin dihiburkan dengan persembahan pelajar. Antaranya ialah persembahan gendang Cina, tarian India, tarian zapin dan pertunjukan pedang. Acara kemuncak pada malam tersebut bermula pada jam 9.20 malam. Acara berarak sambil membawa tanglung mengelilingi kawasan sekolah telah diketuai oleh Pn Pengetua dengan diiringi oleh YDP PIBG. Tergambar kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat mengikuti aktiviti tersebut bersama-sama tanpa mengira kaum. Pada jam 9.45 malam, persembahan gendang Cina sekali lagi dipersembahkan sekaligus menutup tirai Pesta Tanglung pada tahun 2013.
 
Secara keseluruhannya, program Pesta Tanglung yang dianjurkan oleh SMK Taman Desa Skudai adalah berjaya. Harapan semua warga sekolah untuk bersama-sama menyambut Pesta Tanglung telah dapat dilaksanakan. SMKTDS telah menyusun program dengan teliti untuk memastikan program tersebut berjalan dengan sempurna. Semua pelajar yang terdiri dari kaum Melayu, India dan Cina terlibat dalam program yang dianjurkan. Semoga pada tahun hadapan sambutan seumpama ini akan disambut lagi dengan lebih meriah.
 
Laporan disediakan oleh :

Cik We Ah Ma

Sesi pendaftaran ibu bapa dan pelajar
 
 

Pelajar-pelajar yang hadir berkumpul di Dataran Wawasan.
 
Ucapan Pengetuan Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid

Pemandangan di Anjung Ilmu dan Dataran Wawasan
 
 
Tanglung
 


Sesi penyampaian hadiah oleh Pengetua Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid.
 

Sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh AJK PIBG, En Lee Kok Siang
 
 
Sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh AJK PIBG,  En Sutharsan A/L Raj.


Pertandingan tarian lilin
 
 
Tanglung
 
Persembahan gendang Cina
 
Persembahan tarian oleh pelajar-pelajar India
 
Persembahan Tarian Zapin oleh pelajar Melayu
 
Pertunjukan pedang
Pemandangan sekitar dan ibu bapa yang turut hadir dalam Pesta Tanglung 2013.




Perarakan membawa tanglung mengelilingi kawasan sekolah telah diketuai oleh Pn Pengetua dengan diiringi oleh AJK PIBG. Tergambar kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat mengikuti aktiviti tersebut bersama-sama tanpa mengira kaum.

Pameran Persatuan Bahasa Cina
 Jamuan untuk semua tetamu yang hadir di kantin.
 

28 March 2012

Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2011 dan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9 (18 Februari 2012)


Pendaftaran ibu bapa dan guru di Anjung Ilmu.

Mesyuarat Agung PIBG dipengerusikan oleh Prof. Dr Maketab Bin Mohamed.


Ketibaan YB Datuk Abdul Aziz Bin Sapian (ADUN Nusajaya merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Gelang Patah).

Sesi pembentangan usul daripada ibu bapa dan penjaga.


Ibu bapa yang hadir mengemukakan usul mereka untuk dipertimbangkan di dalam mesyurat PIBG kali ke-9.


Persembahan piano oleh pelajar-pelajar SMK Taman Desa Skudai.


Bacaan doa oleh Ustaz Madheil Azaeim Bin Ahmad Puhad.

Ucapan alu-aluan oleh Pengetua, Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid.
Ucapan YB Datuk Abdul Aziz Bin Sapian (ADUN Nusajaya merangkap Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Gelang Patah) seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2011 dan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9.


Sesi penyampaian cendera hati kepada AJK PIBG sesi 2011/2012.
Sesi penyampaian cendera hati kepada AJK PIBG sesi 2011/2012.




Sesi penyampaian cendera hati kepada AJK PIBG sesi 2011/2012.


Majlis Anugerah Cemerlang diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada Panitia-panitia yang telah mencapai ETR Gred Purata Sekolah di dalam Peperiksaan PMR 2011. Berikut adalah guru-guru SMKTDS daripada Panitia Bahasa Cina, Panitia Matematik, Panitia Geografi dan Panitia Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumahtangga dan Perdagangan dan Keusahawanan).


Majlis diteruskan dengan sesi cabutan bertuah.



Sesi penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR Tahun 2011.


Sesi penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar PMR tahun 2011 untuk "Kategori Mata Pelajaran Terbaik" Tahun 2011.

Berikut adalah pelajar-pelajar SMK Taman Desa Skudai yang cemerlang di dalam Peperiksaan Akhir Tahun untuk sesi persekolahan 2011. :


Penerima anugerah Kategori Peralihan.

Penerima Anugerah Kategori Tingkatan 1 (Rancangan Khas)

Penerima Anugerah Kategori Tingkatan 1 (Bukan Rancangan Khas)

Penerima Anugerah Kategori Tingkatan 2 (Rancangan Khas)


Penerima Anugerah Kategori Tingkatan 2 (Bukan Rancangan Khas)


Penerima Anugerah Kategori Tingkatan 4 (Aliran Sains Tulen)

Penerima Anugerah Kategori Tingkatan 4 (Aliran Kemanusiaan).
Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk Abdul Aziz Bin Sapian kerana sudi merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2011 dan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9.
 
Blogger Templates