About

Showing posts with label Program Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Program Sekolah. Show all posts

09 November 2013

Program Pasca PMR 2013 :Teori dan Praktikal Pengurusan Jenazah (28 Oktober 2013)

 
Program Pasca PMR 2013
Teori dan Praktikal Pengurusan Jenazah
Tarikh : 28 Oktober 2013 (Isnin)
Tempat : Surau SMKTDS
 
 
 
 
Sesi ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan.
 
 
Kelengkapan yang diperlukan untuk menguruskan jenazah.

 
 
Praktikal mandi jenazah
 
 
 
 
Praktikal mengkafankan jenazah.
 
 
Praktikal mengkembumikan jenazah.
 
 
 
 Para pelajar yang mengikuti aktiviti "Teori dan Praktikal Pengurusan Jenazah" bergambar kenangan bersama Pengetua, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid dan penceramah jemputan dan guru-guru yang bertugas mengendalikan aktiviti tersebut.


 

23 October 2013

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-56 Peringkat Sekolah (21 Ogos dan 13 September 2013)

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-56 Peringkat Sekolah

Tarikh : 21 Ogos 2013 – 13 September 2013
 
Masa/ Hari :
 
(i) Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan
7.30 - 8.30 pagi (21 Ogos 2013- Rabu)

(ii) Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan
7.30 - 8.10 pagi (13 September 2013 - Jumaat)
 
 
Tempat : SMK Taman Desa Skudai
 
Objektif  Program :
(i) Menanamkan semangat ingin mempertahankan kemerdekaan.
 
(ii) Menyemai sikap bekerjasama dan bertolak ansur dalam kalangan pelajar.
 
(iii) Menanamkan sikap rajin, tekun dan gigih berusaha.
 
(iv) Menanamkan semangat ingin berjaya dan maju.
 
 
Bilangan penyertaan: Semua pelajar SMK Desa Skudai
 
 
Butiran aktiviti/ Pengisian :
 
- Majlis Pelancaran dan Majlis Penutupan bulan kemerdekaan telah diadakan yang melibatkan semua pelajar dan guru.
- Pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang di rancang sepanjang tempoh Sambutan Bulan Kemerdekaan.
- Aktiviti yang telah diadakan sepanjang bulan kemerdekaan telah diadakan
- Penyampaian hadiah telah diadakan bagi para pemenang yang menyertai pelbagai pertandingan yang berkaitan dengan kenegaraan sepanjang bulan kemerdekaan pada Majlis Perasmian Penutup.
-  Perlaksanaan  Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan, bermula dengan nyanyian Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah. Diikuti dengan bacaan doa, Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pelajar.
- Seterusnya Pn. Hajah Fouziah Bt Abu Hamid, pengetua SMK Taman Desa Skudai menyampaikan ucapan dan merasmikan Bulan Kemerdekaan. Kemudian beliau memotong kek pulut bersama Pn. Siti Bahriah Bt Sarbini, GKMP Sains Kemasyarakatan. Diikuti seterusnya dengan majlis menurunkan tandatangan pada banner yang didahului oleh barisan pentadbir, seterusnya oleh semua guru dan pelajar-pelajar sebagai simbolik bermulanya sambutan bulan kemerdekaan ke 56 bagi peringkat sekolah . Selepas itu, penyerahan Jalur Gemilang daripada pelajar-pelajar yang berpakaian tradisional mengikut kaum kepada pihak pentadbir untuk diedarkan kepada para guru dan pelajar.
      
- Pada Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pula, dimulakan dengan nyanyian Lagu Negeri Johor, Lagu Sekolah dan bacaan doa. Diikuti dengan bacaan sajak oleh tiga orang pelajar dan majlis penyampaian hadiah. Seterusnya pengetua memberi ucapan penutupan Bulan Kemerdekaan.  
- Penutup Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu “Keranamu Malaysia”, “Jalur Gemilang” dan lagu “Negaraku”.

Laporan disediakan oleh :

Puan Rosmena Binti Abdul Kudus Lait
Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


Gambar-gambar ketika Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Masa : 7.30 - 8.30 pagi
Tarikh : 21 Ogos 2013 (Rabu)


Bacaan ikrar dan nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah.

 
Pulut kuning sempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2013.
 

 
Puan Nurdalilati selaku pengerusi majlis.


Pn. Hajah Fouziah Bt Abu Hamid, Pengetua SMK Taman Desa Skudai menyampaikan ucapan dan merasmikan Bulan Kemerdekaan.

 
Kemudian beliau memotong kek pulut bersama Pn. Siti Bahriah Bt Sarbini, GKMP Sains Kemasyarakatan.

 
Upacara menurunkan tandatangan pada banner yang didahului oleh barisan pentadbir.
 


 
Wakil guru dan pelajar turut menurunkan tandatangan di banner sebagai simbolik bermulanya Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56 bagi peringkat sekolah.
 

 
Barisan para pentadbir SMKTDS.
 


 
Penyerahan Jalur Gemilang daripada pelajar-pelajar yang berpakaian tradisional mengikut kaum kepada pihak pentadbir untuk diedarkan kepada para guru dan pelajar.
 


Semua pelajar dan guru menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat dan mengibarkan Jalur Gemilang.



 
Puan pengetua mengedarkan pulut kuning untuk diagihkan kepada para pelajar.
 
 
Gambar-gambar Ketika Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2013
 
Masa : 7.30 - 8.10 pagi
Tarikh : 13 September 2013 - Jumaat
 


 
Pada Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pula, dimulakan dengan nyanyian Lagu Negeri Johor, Lagu Sekolah dan bacaan doa. Diikuti dengan bacaan sajak oleh tiga orang pelajar dan majlis penyampaian hadiah.


 
Sesi penyampaian hadiah untuk pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan 2013.
 

 
Seterusnya pengetua memberi ucapan penutupan Bulan Kemerdekaan.  
 

 
Penutup Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu “Keranamu Malaysia”, “Jalur Gemilang” dan lagu “Negaraku”.
 

Program Pesta Tanglung Anjuran Persatuan Bahasa Cina SMKTDS (7 September 2013)

LAPORAN PROGRAM PESTA TANGLUNG PERSATUAN BAHASA CINA SMKTDS TAHUN 2013

Program Pesta Tanglung telah dilaksanakan pada 7 September 2013 yang lalu dan berjalan seperti yang dirancangkan. Pesta ini disertai oleh para guru dan pelajar SMK Taman Desa Skudai. Ibu bapa pelajar turut dijemput untuk memeriahkan suasana.
 
Program tersebut bermula pada jam 6.30 petang di perkarangan SMK Taman Desa Skudai. Para guru, pelajar dan ibu bapa masing-masing mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Selesai mendaftarkan diri, para tetamu dapat menyaksikan Pameran Persatuan Bahasa Cina. Di samping itu, mereka turut berpeluang untuk menyertai teka-teki Tanglung. Jawapan teka-teki tanglung dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan.
 
Tepat pada jam 7.00 malam, Pertandingan Hula Hoop telah diadakan. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar yang hadir. Pn Nik Huei Shea dan Pn Rosalynn Woong Kar Ling memainkan peranan untuk menjayakan pertandingan tersebut. Acara pada malam Pesta Tanglung diteruskan dengan Pertandingan Larian Lilin. Pertandingan terakhir pada malam tersebut ialah Pertandingan Membuat Tanglung.
 
Pada jam 8.00 malam, ketibaan pengetua SMK Taman Desa Skudai iaitu Pn. Hjh Fouziah Bt Abu Hamid, diiringi oleh AJK PIBG iaitu En Lee Kok Siang, Pn Lee Jing Jing dan En Sutharsan A/L Raj. Pn Mak Ngai Yen telah selaku pengacara program pada hari tersebut telah menjemput Pn Hjh Fouziah untuk memberi ucapan sekaligus membuka tirai Pesta Tanglung secara rasminya.
 
Program tersebut diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Sempena sambutan Pesta Tanglung, pelbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya ialah Pertandingan Merekacipta Tanglung. Bagi memeriahkan acara, sesi cabutan bertuah turut diadakan.
 
Selepas sesi cabutan bertuah, semua pelajar, ibu bapa dan guru telah dijemput untuk menjamu selera di kantin. Sambil menjamu selera, para hadirin dihiburkan dengan persembahan pelajar. Antaranya ialah persembahan gendang Cina, tarian India, tarian zapin dan pertunjukan pedang. Acara kemuncak pada malam tersebut bermula pada jam 9.20 malam. Acara berarak sambil membawa tanglung mengelilingi kawasan sekolah telah diketuai oleh Pn Pengetua dengan diiringi oleh YDP PIBG. Tergambar kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat mengikuti aktiviti tersebut bersama-sama tanpa mengira kaum. Pada jam 9.45 malam, persembahan gendang Cina sekali lagi dipersembahkan sekaligus menutup tirai Pesta Tanglung pada tahun 2013.
 
Secara keseluruhannya, program Pesta Tanglung yang dianjurkan oleh SMK Taman Desa Skudai adalah berjaya. Harapan semua warga sekolah untuk bersama-sama menyambut Pesta Tanglung telah dapat dilaksanakan. SMKTDS telah menyusun program dengan teliti untuk memastikan program tersebut berjalan dengan sempurna. Semua pelajar yang terdiri dari kaum Melayu, India dan Cina terlibat dalam program yang dianjurkan. Semoga pada tahun hadapan sambutan seumpama ini akan disambut lagi dengan lebih meriah.
 
Laporan disediakan oleh :

Cik We Ah Ma

Sesi pendaftaran ibu bapa dan pelajar
 
 

Pelajar-pelajar yang hadir berkumpul di Dataran Wawasan.
 
Ucapan Pengetuan Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid

Pemandangan di Anjung Ilmu dan Dataran Wawasan
 
 
Tanglung
 


Sesi penyampaian hadiah oleh Pengetua Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid.
 

Sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh AJK PIBG, En Lee Kok Siang
 
 
Sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh AJK PIBG,  En Sutharsan A/L Raj.


Pertandingan tarian lilin
 
 
Tanglung
 
Persembahan gendang Cina
 
Persembahan tarian oleh pelajar-pelajar India
 
Persembahan Tarian Zapin oleh pelajar Melayu
 
Pertunjukan pedang
Pemandangan sekitar dan ibu bapa yang turut hadir dalam Pesta Tanglung 2013.




Perarakan membawa tanglung mengelilingi kawasan sekolah telah diketuai oleh Pn Pengetua dengan diiringi oleh AJK PIBG. Tergambar kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat mengikuti aktiviti tersebut bersama-sama tanpa mengira kaum.

Pameran Persatuan Bahasa Cina
 Jamuan untuk semua tetamu yang hadir di kantin.
 

 
Blogger Templates