About

18 August 2011

Bilik PPSMI (Bilik Khas)




Pertandingan Futsal Sempena Karnival Bola Sepak (23 Julai 2011)


Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) (23 Julai 2011)

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Tarikh : 23 Julai 2011
Tempat : Dewan SMKTDS


Sesi LDP dimulakan dengan perkongsian ilmu daripada Puan Pengetua, Puan Hajjah Fouzih Binti Abu Hamid.

 
Perkongsian ilmu daripada pengetua.


Sebahagian daripada slaid Ms. Power-point yang dipaparkan untuk dikongsi bersama semua guru SMKTDS

Sebahagian daripada guru-guru SMKTDS sesi pagi dan petang yang hadir.

Puan Siti Bariah selaku pengerusi KEBIRU sedang menyampaikan taklimat kepada guru-guru.

PK HEM, Encik Zailan turut memberikan sedikit taklimat kepada guru-guru tingkatan.

Beberapa makluman penting turut disampaikan oleh PK 1, Puan Suat Gan kepada semua guru.


Cik Nur Aimi Mohd Idrus menyampaikan taklimat pengisian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) kepada semua guru.
Link : http://saps.moe.gov.my/access-denied.php

Pertandingan SUDOKU (22 Julai 2011)


Pelajar-pelajar kelas 4UTHM sedang tekun menyiapkan SUDOKU sempena Minggu Sains dan Matematik.


Program Pembangunan Insan (Pelajar Islam Sesi pagi) (22 Julai 2011)


Penceramah : Ustaz Zakir Abdul Razak Bin Poniran
Tempat : Surau SMKTDS



Pertandingan Dikir Barat Sempena Bulan Kemerdekaan Antara Kelas Rancangan Khas 2011 (20 Julai 2011)

Pertandingan Dikir Barat Sempena Bulan Kemerdekaan Antara Kelas Rancangan Khas 2011

Tarikh : 20 Julai 2011
Tempat : Bilik Muzik
Masa : 2.30 petang
Anjuran : Panitia Sejarah

Puan Ruhaizun memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 Rancangan Khas (sesi pagi) sebelum pertandingan dimulakan.

Guru-guru yang terlibat sebagai hakim pertandingan.

Cik Noor Diyana Salleh memberikan taklimat mengenai syarat-syarat pertandingan.

Wakil bagi setiap tingkatan mencabut undi untuk menentukan giliran masing-masing.

Pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 RK begitu ceria dan lengkap dengan kostum tersendiri sementara menanti giliran masing-masing.

 Suasana di Bilik Muzik ketika pertandingan Dikir Barat diadakan.

Pelajar-pelajar dari kelas 1 UTM.


Kelas 1 UTM yang telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Dikir Barat antara Kelas Rancangan Khas.

Guru-guru yang turut hadir menyaksikan persembahan pelajar-pelajar pada petang tersebut.


Keputusan Rasmi Pertandingan Dikir Barat sempena Bulan Kemerdekaan
Antara Kelas Rancangan Khas 2011

Johan : Kelas 1 UTM
Tempat Kedua : Kelas 1 UTHM
Tempat Ketiga : Kelas 1 UKM
Tempat Keempat : Kelas 2 UTM
Tempat Kelima : Kelas 2 UTHM

Tuisyen Hikmah Sains SPM (18 Julai 2011)

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 dari kelas 5UKM, 5UIAM, 5UPM dan 5UM yang menghadiri kelas Tuisyen Hikmah yang dikendalikan oleh Puan Nordiana Ahmad.

Perhimpunan Rasmi Hari Isnin (18 Julai 2011)

Puan Noraini Nordin sedang membaca laporan guru bertugas pada minggu lepas.

 Pelajar-pelajar SMKTDS sesi pagi berkumpul di Dataran Wawasan ketika perhimpunan rasmi berlangsung.

PK 1, Puan Tay Suat Gan menyampaikan hadiah kepada pemenang kelas terbersih pada minggu lepas.

PK HEM, Encik Zailan sedang menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada semua pelajar sesi pagi.

Program Pembangunan Insan Sesi Pagi (15 Julai 2011)


Program Pembangunan Insan (Pelajar Islam Sesi pagi)

Penceramah : Ustaz Zakir Abdul Razak Bin Poniran
Tempat : Surau SMKTDS




Program Pembangunan Insan (pelajar India)

Penceramah : Encik Vasudevan
Tempat : Kantin SMKTDS

Perjumpaan Pengetua bersama Pelajar-pelajar Tingkatan 5 (15 Julai 2011)

Puan Hajjah Fouziah sedang menyampaikan taklimat dan penerangan kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan 5 mengenai perlaksaan Sistem Merit Demerit yang akan dikuasakan serta-merta mulai tahun ini.


Pelajar-pelajar Tingkatan 5 berkumpul di Anjung Ilmu untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Bonda Pengetua, Puan Hajjah Fouziah.

Mesyuarat Audit Akademik Bersama Pegawai-pegawai daripada PPD Johor Bahru (14 Julai 2011)


Mesyuarat Audit Akademik Bersama Pegawai-pegawai daripada PPD Johor Bahru
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Pegawai-pegawai PPD Johor Bahru yang terlibat ialah :
i) Encik Saliman Bin Selamat
ii) Encik Ab. Hafith Bin Ismail
iii) Puan Raziah Binti Abdul Rahim

Guru-guru yang terlibat :
Semua Ketua-ketua Panitia dan guru-guru mata pelajaran Tingkatan 5.



Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Pengetua, Puan Hajjah Fouziah dengan ucapan alu-aluan di atas kedatangan pegawai-pegawai daripada Pejabat Plajaran Daerah Johor Bahru ke Mesyuarat Audit Akademik Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 bagi Tingkatan 5.

Puan Hajjah Fouziah mempengerusikan mesyuarat.



Encik Saliman memberikan maklum balas dan perkongsian bersama guru-guru yang hadir tentang pendekatan yang perlu diambil untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar di dalam subjek masing-masing.



Perkongsian ilmu dan ucapan daripada Encik Ab. Hafith bersama guru-guru yang hadir dalam mesyuarat pada petang tersebut.

Mesyuarat disusuli dengan ucapan daripada Puan Raziah yang telah memberikan maklum balas mengenai pencapaian pelajar Tingkatan 5 khususnya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Ketua-ketua Panitia dan guru-guru mata pelajaran Tingkatan 5 SMKTDS yang terlibat dalam mesyuarat kali ini.

Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 Tingkatan 4 (13 Julai 2011)


Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 Tingkatan 4 telah dipengerusikan oleh Puan Pengetua, Puan Hajjah Fouziah Abu Hamid.

Tempat : Bilik Mesyuarat

Antara guru-guru SMKTDS yang terlibat dalam mesyuarat pada petang tersebut.

Bengkel Teknik Menjawab Ekonomi Asas SPM (14 Julai 2011)



 
Blogger Templates