About

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

04 February 2014

Ceramah Motivasi Untuk Pelajar-pelajar Tingkatan 5 (26 Januari 2014)

Ceramah Motivasi Untuk Pelajar-pelajar Tingkatan 5 oleh YM Raja Shamri
 
Tarikh : 26 Januari 2014
 
Tempat : Dewan SMK Taman Desa Skudai
 
 


04 March 2009

Sebelum Kamu Mengeluh


1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda,fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat

7. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan

8. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan

9. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

10. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

11. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahwa kamu masih hidup !

Adaptasi dari karya Indonesia untuk kita sama-sama renungi dan hayati....

Dipetik dari blog
http://counselling2u.blogspot.com/

Wanita dan Rama-rama



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.


Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.






Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.


Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj

08 February 2009

10 RAHSIA MENJADI PELAJAR CEMERLANG




Inginkan Kecemerlangan ?

Ini rahsianya dan cuba lakukan...

1. Yakin kepada kebolehan diri sendiri. Yakin BOLEH !
Jangan melihat diri sendiri secara negatif.

2. Sentiasa melihat pelajaran dari sudut positif.
Sentiasa mengaitkan belajar itu dengan perkara yang menyeronokkan dan mudah.

3. Mempunyai wawasan yang tepat dan jelas.
Tetapkan matlamat dengan tepat dan jelas yang membolehkan diri berusaha sedaya upaya
untuk mencapainya.

4. Menggunakan kaedah pembelajaran yang berkesan.
Gunakan kaedah yang berkesan dan sesuai dengan diri anda.

5. Belajar secara berterusan.
Mengulangkaji pelajaran setiap hari mengikut jadual belajar.

6. Bijak mengurus masa.
Masa amat berharga dan elak daripada membuang masa.

7. Berdisiplin.
Didik diri anda dengan amalan-amalan baik.

8. Mentaati perintah agama.
Jangan lupa ajaran agama dan sentiasalah berdoa agar diberi kejayaan.

9. Menghormati ibu bapa.
Doa dan restu ibu bapa adalah penting. Jaga hati dan dengar nasihat mereka.

10. Mentaati guru.
Tanpa didikan guru, pelajar tidak akan berjaya. Rajin bertanya sekiranya tidak faham apa yang diajar.

Hayati dan amalkan tips-tips ini, nescaya anda akan berjaya. Semoga Berjaya.

Sumber ini dipetik dari blog Cikgu Aznora di alamat http://aznoraceria.blogspot.com/

Persiapan Sikap Semasa Di Dalam Kelas


Persiapan Sikap Semasa Di Dalam Kelas




- Nilai diri sendiri dan bandingkan prestasi rakan yang cemerlang.

- Sesuatu yang berlaku dalam kelas dapat membantu pembelajaran anda.

- Amalkan sikap bersopan santun. Hormat-menghormati orang lain yang ingin sama-sama mencari ilmu.

- Masa dan kelas sangat penting.

- Berikan tumpuan dan perhatian sewaktu guru memberi penerangan dan penjelasan tentang sesuatu mata pelajaran.

- Memanfaatkan masa dengan menyertai sesi perbincangan.



- Kemukakan masalah tentang pelajaran supaya guru dan rakan-rakan dapat bersama-sama menyelesaikannya.

- Banyak membaca buku teks dan bahan bacaan tambahan lain membantu perbincangan yang baik dan berkesan.

- Kemukakan pandangan, jangan takut.

- Anda harus bertanggungjawab dalam usaha mencapai kejayaan dalam diri.

- Latih diri berkelakuan baik dalam kelas.

- Tanyalah guru tentang cara memperbaiki prestasi supaya tidak merosot.

- Tunjukkan sikap yang baik dan pencapaian yang terbaik untuk kebaikan diri anda sendiri.





Membina Keyakinan Diri

- Sentiasa bersedia dengan jadual kelas dan bersedia menghadapi mata pelajaran tersebut.

- Sediakan buku catatan bagi mencatat tugas atau kertas kerja yang perlu dilaksanakan di rumah.

- Buat catatan akan dapat mengelakkan daripada terlupa arahan guru.

- Buat persediaan awal sebelum sesuatu sesi mata pelajaran bermula.


Sentiasa Terangsang

- Pandai menyesuaikan diri serta bijak mengikuti program-program yang boleh memberi rangsangan kepada mereka.

- Menghadiri kursus serta motivasi sama ada yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau pun sebaliknya.

- Mendapat dorongan dan galakan daripada ibu bapa, guru-guru dan taman serta rakan sebaya.



“AKU TAHU AKU BOLEH BUAT. KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, AKU PUN MESTI BOLEH BUAT. AKU MESTI BUAT DAN AKU MESTI LULUS PEPERIKSAAN INI DENGAN CEMERLANG.”


Sumber ini dipetik dari Cikgu Azwa di alamat http://azwazali.blogspot.com/
 
Blogger Templates