About

Sejarah Sekolah


SEJARAH PERKEMBANGAN
SMK TAMAN DESA SKUDAI, JOHOR BAHRU

SMK Taman Desa Skudai (SMKTDS) ditubuhkan mengambil sempena nama sebuah taman perumahan yang terletak bersebelahan dengan projek sekolah ini iaitu Taman Desa Skudai.
SMK Taman Desa Skudai terletak di Taman Desa Skudai yang jaraknya 20 km dari pusat bandar Johor Bahru.  Ia dibina di pinggir Taman Desa yang bersebelahan dengan Taman Universiti.  Jarak SMK Taman Universiti 2 dengan SMK Taman Desa Skudai ialah 1 km.  Manakala SK Taman Desa Skudai terletak bersebelahan dengan SMK Taman Desa Skudai.
          Alamat penuh sekolah ini ialah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DESA SKUDAI, JALAN SEJAHTERA 16, TAMAN DESA SKUDAI, 81300 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM.
          Sekolah ini telah dibina di atas tapak Lot PTD 52998 oleh sebuah syarikat kontraktor bumiputera SYARIKAT REDUAN MAIDIN SDN. BHD. dan reka bentuknya diilhamkan oleh NKC ARCHITECT.  Sekolah ini telah dibina berdasarkan konsep ‘resort’ dan secara ‘design and build’.
          Kerja-kerja asas pembinaannya telah dimulakan pada 29 Mei 2000 dan siap sepenuhnya pada 28 Ogos 2001.  Namun secara fizikalnya, sekolah ini dapat disiapkan dengan sempurna pada 30 Disember 2001.
          Sekolah ini telah diserahkan secara rasminya oleh pihak pemaju kepada Jabatan Pendidikan pada 12 Mei 2003, mula beroperasi pada 16 Jun 2003 dengan dikendalikan oleh 2 orang guru iaitu Encik Gunodo Bin Daman, selaku penyelaras sekolah dan Encik Azmi Bin Ahmad.  Pengetua pertama sekolah ini iaitu Puan Hajah Siti Aishah Binti Omar mula bertugas pada 16 Jun 2003.  Pelajar mula mendaftar pada 1 Julai 2003.
       Upacara pembukaan rasmi sekolah telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Rokhani bin Mangi pada 7 Julai 2003.  Pada 17 Julai 2003, sekolah ini telah dilawati oleh pengetua-pengetua sekolah menengah daerah Johor Bahru.
            Selain itu, sekolah ini mempunyai blok pentadbiran, 5 buah blok bilik darjah termasuk makmal, bilik-bilik khas, bengkel, kantin dan stor, sebuah pos pengawal, tempat menunggu bas, tempat meletak basikal, tempat letak kereta guru dan pelawat, padang dan gelanggang permainan.


 
Blogger Templates