About

15 March 2019

Program HIP & KEBIRUS - Hiking Tasik Biru Kangkar Pulai , Johor (15 Mac 2019)


Program HIP & KEBIRUS - Hiking Tasik Biru Kangkar Pulai , Johor 

Tarikh : 15 Mac 2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi



Ahli KEBIRUS bersama-sama ahli keluarga yang menyertai program Hiking Tasik Biru bergambar kenangan sebelum memulakan pendakian.




Sesi pemanasan badan.



Aktiviti pendakian bermula.













Alhamdulillah berjaya sampai ke puncak dan menikmati keindahan Tasik Biru yang cukup indah.















Tasik Biru terletak di Bandar Baru Kangkar Pulai. Berjalan kaki sejauh 1 km melalui ladang kelapa sawit dan dalam 50 meter mendaki akan sampai ke puncak. Melalui puncak bukit ini akan dapat melihat pemandangan Tasik Biru. Di atas puncak bukit ada 2 laluan, ke kanan menuruni bukit akan sampai ke kaki Tasik Biru. Manakala sebelah kanan ada lalulan jalan kebun dan berbukit denai sejauh 7 km menyusuri lereng bukit untuk sampai kembali ke Tasik Biru. Laluan sebelah kanan trek 5 km akan jumpa 2 empangan, lalu kiri masuk menuruni bukit akan sampai ke lurah Tasik biru. Untuk yang gemarkan sukan lasak, hiking or berbasikal boleh melalui trek sejauh 7 km. Trek terbaik. Laluan kebun kelapa sawit, hutan muda, semak belukar, berbukit jeram. Untuk jalan pulang daripada Tasik Biru anda akan jumpa 2 tasik empangan. Di sini banyak ikan, pantang dicampak roti pasti ikan akan datang mengerumuni dengan rakus. Menyusuri tepi tasik untuk sampai ke empangan ke 2. Dari empangan ke 2 mendaki bukit, semak dan bertepian tinggi baru berjumpa Lurah Tasik Biru. Akhir sekali, akan jumpa kembali jalan pertama dan kluar dari Tasik Biru. Boleh dikatakan separuh perjalanan mengelilingi bukit tepian Tasik Biru.



 
Blogger Templates