About

26 April 2009

Kebitaraan Sains Pertanian : Plant A Tree Programme



Kerja-kerja Membesarkan Kawasan Kantin SMKTDS- 25 April 2009




Petikan Dari Utusan Malaysia : Nur Madihah pilih Jordan lanjut pelajaran

Saturday, April 25, 2009

Petikan Dari Utusan Malaysia : Nur Madihah pilih Jordan lanjut pelajaran

PETALING JAYA 17 April - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mungkin melanjutkan pengajian dalam bidang fizik di Jordan.

Menurutnya, meskipun dalam dilema membuat keputusan, namun beliau tetap melanjutkan pelajaran di Asia Barat sebagaimana yang dirancang.

"Hati saya kuat mengatakan bahawa Jordan adalah tempat terbaik untuk saya melanjutkan pelajaran.

"Cuma, universiti mana yang menjadi pilihan itu saya tidak pasti sebab ia masih dalam penelitian, mungkin juga boleh sambung di Jordan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku Catatan Nik Nur Madihah - Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan di Hotel Royale Bintang di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Hijjaz Record Publishing, Mohd. Faizal Osman dan Pengarah Urusan Hijjaz Publishing, Ismen Nadim Isam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh bapa Nik Nur Madihah, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, selain turut dihadiri ibunya, Mariani Omar, 42.

Menurut Nik Nur Madihah, beliau mungkin melanjutkan pelajaran pada September ini.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita, Nik Mohd. Kamal memberitahu beliau dan keluarganya akan menduduki rumah baru di Taman Perumahan Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa dalam tempoh dua bulan lagi.

Katanya, rumah teres satu tingkat pemberian kerajaan negeri itu dianggarkan bernilai RM100,000 itu dan mempunyai tiga bilik. Ia kini telah siap hampir 70 peratus.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri di atas pemberian itu, insya-Allah kalau tiada aral, kami sekeluarga akan mendiami rumah baru dalam bulan Jun ini,'' katanya.

Buku Catatan Nik Nur Madihah - Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan merupakan buku kelapan terbitan Hijjaz Record Publishing dan ia dijual pada harga RM25.90 senaskhah.

Bagaimanapun, diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada pengunjung sempena Pesta Buku 2009 yang akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula hari ini.

Subhanallah..Indahnya Ciptaan Allah

Pemandangan Sekitar SMKTDS

DOA UNTUK MENOLAK GANGGUAN SYAITAN




Maksudnya:

"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih."

Laman Web dan Blog Yang Perlu Dilawati..

Berikut adalah laman web dan blog yang perlu dilawati oleh warga pendidik dan juga para pelajar.

Semoga perkongsian ilmu sesama kita dapat dimanfaat ke jalan kebaikan.

Klik pada alamat blog & "banner" berikut :

http://cikgumalaysia.blogspot.com/

http://gurumalaysia.blogspot.com/


LDP 3: Pengurusan Fail - 25 April 2009

Pengurusan Fail

Penceramah : Puan Hajjah Tengku Zarena Binti Tengku Azam
(Ketua Bidang Teknik & Vokasional, SMKTDS)

LDP 3: Kursus Perkongsian Ilmu - 25 April 2009


Lady Bug Note Generators
Latihan Dalam Perkhidmatan 3

Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Bilik Bahasa, SMKTDS
Penceramah : Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari (Pengetua SMKTDS)


Pertandingan Bola Sepak MSSD Johor Bahru -25 April 2009










PERTANDINGAN BOLASEPAK MSSD JOHOR BAHRU 2009

Berikut adalah keputusan rasmi pasukan-pasukan yang akan bertanding di dalam
PUSINGAN KEDUA yang akan dijalankan di Kolej 16 dan Kolej 17 Universiti Teknologi Malaysia.

PERLAWANAN 1

JOHAN A : SMK TAMAN UNIVERSITI 1
NAIB JOHAN F : SMK IMPIAN EMAS

PERLAWANAN 2

JOHAN B : SMT JOHOR BAHRU
NAIB JOHAN G : SMK TAMAN SUTERA

PERLAWANAN 3

JOHAN C : SMT TANJUNG PUTERI
NAIB JOHAN H : SMK TUN SYED NASIR

PERLAWANAN 4

JOHAN D : SMK SKUDAI
NAIB JOHAN I : SMK DESA SKUDAI

PERLAWANAN 5

JOHAN E : SM FOON YEW
NAIB JOHAN J : SMK TASEK UTARA 2

PERLAWANAN 6

JOHAN F : SM ISLAM HIDAYAH
NAIB JOHAN TERBAIK A/B/C/D/E : SMK GELANG PATAH

PERLAWANAN 7

JOHAN G : SMK SERI PERLING
NAIB JOHAN I : SMK MUTIARA RINI

PERLAWANAN 8

JOHAN H : SMK NUSAJAYA
NAIB JOHAN J : SMK BANDAR BARU UDA


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

(AZLAN HANIFF ZAKARIA)
Setiausaha Sukan
SMK Tmn Desa Skudai
 
Blogger Templates