About

Showing posts with label Galeri 2011. Show all posts
Showing posts with label Galeri 2011. Show all posts

15 November 2011

Majlis Graduasi SPM 2011 (10 November 2011)




TARIKH : 10 NOVEMBER 2011 (KHAMIS)

TEMPAT : DEWAN SMK TAMAN DESA SKUDAI


DISEMPURNAKAN OLEH :
PROF. DR MAKETAB BIN MOHAMED
YANG DIPERTUA PIBG
SMK TAMAN DESA SKUDAI






PENDAHULUAN
Majlis Graduasi Kali ke-3 ini merupakan majlis anjuran SMK Taman Desa Skudai bagi meraikan pelajar-pelajar Tingkatan 5 Tahun 2011 yang akan meninggalkan alam persekolahan seterusnya berjuang untuk meneruskan kecemerlangan ke peringkat yang lebih tinggi.




OBJEKTIF
 Memotivasikan pelajar-pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan akademik


 Menghargai pelajar sepanjang sesi persekolahan


 Melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.






PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang bekerjasama untuk menjayakan Majlis Graduasi Kali Ketiga ini terutama kepada Prof. Dr Maketab Bin Mohamed (Yang Dipertua PIBG) atas kesudian menyempurnakan Majlis Graduasi SPM 2011, Puan Pengetua, pihak pentadbir SMKTDS, AJK PIBG SMKTDS, guru-guru dan pelajar-pelajar SMKTDS 2011.


ATURCARA
7.30 pagi : Taklimat IPTA/ Politeknik/ ILKA
9.00 pagi : Pelajar rehat
9.20 pagi : Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan
10.00 pagi : Ketibaan dif-dif kehormat
10.15 pagi : Bacaan doa
10.20 pagi : Ucapan wakil pelajar
10.30 pagi : Ucapan Tuan Pengetua
10.45 pagi : Ucapan Yang Berbahagia Prof. Dr Maketab Bin Mohamed (YDP PIBG)
11.05 pagi : Majlis Penyampaian Sijil (5UTM, 5UTHM, 5UKM, 5UPM, 5UIAM, 5UM dan 5UITM)
11.00 pagi : Sesi fotografi pelajar bersama-sama YDP PIBG SMK Taman Desa Skudai, Prof. Dr Maketab Bin Mohamed, Pengetua, Pentadbir dan Guru-guru
11.30 pagi : Jamuan
















22 January 2011

Program Pembangunan Insan (Jumaat, 21 Januari 2011)


Semua pelajar lelaki Islam berkumpul di gelanggang bola jaring pada pagi Jumaat (21 Januari 2011) dan memulakan bacaan Yasin beramai-ramai dengan diketuai oleh Ustaz Zakir Abdul Razak Bin Poniran.


Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin dan guru-guru lelaki beragama Islam juga turut sama dalam bacaan Yasin secara beramai-ramai.


Guru-guru dan pelajar-pelajar perempuan yang beragama Islam memulakan bacaan Yasin di Surau SMKTDS dengan diketuai oleh Ustazah Norrashidah.

Ustazah Norrashidah mengetuai bacaan Yasin oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang beragama Islam pada pagi tersebut.



Program Pembangunan Insan bagi pelajar-pelajar berbangsa India telah diadakan di kantin dengan dikendalikan oleh guru-guru berbangsa India.


Suasana ketika di kantin SMKTDS.




Pelajar-pelajar berbangsa Cina yang berada di Tingkatan 4 & 5 berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah daripada wakil NGO yang hadir pada pagi tersebut.



Manakala bagi pelajar-pelajar berbangsa Cina yang berada di Tingkatan 1, 2 dan 3 pula mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh wakil NGO di Bilik Muzik.


Perhimpunan Badan Beruniform - Rabu (19 Januari 2011)


Semua pelajar sesi pagi sedang mendengar taklimat dan pengumuman daripada guru-guru di Dataran Wawasan dengan dipantau oleh guru tingkatan masing-masing.


Guru disiplin, Encik Jefry, PK HEM, Encik Zailan dan PK Kokurikulum, Puan Azlina Mohamad menyampaikan taklimat pendaftaran Badan Beruniform dan Kelab & Persatuan kepada semua pelajar pada pagi tersebut.

Perhimpunan Rasmi Isnin (17 Januari 2011)


Pelajar-pelajar berkumpul di Dataran Wawasan untuk mendengar ucapan daripada Ayahanda Pengetua, pengumuman dan laporan daripada guru bertugas.


Ustazah Norrashidah sedang menyampaikan laporan guru bertugas pada minggu lepas.


Nor Farahin Binti Lokman (4UKM) mendeklamasikan sajak ketika berlangsung perhimpunan.


Ucapan dan nasihat disampaikan oleh Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari kepada pelajar-pelajar.

Program Pembangunan Islam Pelajar-pelajar Islam- Jumaat (14 Januari 2011)


Tarikh : Jumaat (14 Januari 2011)
Tempat : Surau SMKTDS


Ustaz Zakir Abdul Razak Bin Poniran sedang menyampaikan ucapan dan nasihat selepas semua pelajar Islam selesai menyempurnakan bacaan Yasin pada Jumaat (14 Januari 2011).


Bacaan Yasin beramai-ramaioleh pelajar-pelajar dan guru-guru Islam telah diketuai oleh Ustaz Zakir Abdul Razak.

Program Sewaktu bersama NILAM- Khamis (13 Januari 2011)


Program Sewaktu Bersama NILAM ini telah dicetuskan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari.

Program Sewaktu Bersama NILAM ini dimulakan pada setiap hari Selasa dan Khamis pada masa pertama dengan dipantau oleh guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pelajar-pelajar Tingkatan 4 berkumpul di Dataran Wawasan untuk membaca suratkhabar News Strait Times.

Semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terlibat melakukan pemantauan ketika sesi NILAM diadakan pada masa pertama.


Pelajar-pelajar Tingkatan 3 berkumpul di kantin untuk memulakan sesi bacaan NILAM mereka.


Suasana di Dataran Wawasan ketika program NILAM berlangsung.


Pelajar-pelajar begitu tekun menghabiskan bahan bacaan mereka dan membuat catatan di dalam Buku Rekod NILAM.

Perhimpunan Rasmi - Isnin (10 Januari 2011)


Pelajar-pelajar SMK Taman Desa Skudai ketika berlangsungnya perhimpunan.


Barisan tenaga pengajar (sesi pagi).
Sesi memperkenalkan guru-guru yang baru berpindah ke sekolah ini.

Pengawas bertugas yang menyampaikan ucapan dan pengumuman.

Laporan oleh guru bertugas pada minggu lepas, Encik Jefry.

Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Saari sedang menyampaikan ucapan dan nasihat kepada para pelajar yang hadir pada perhimpunan rasmi pada pagi tersebut.


Wajah-wajah ceria pelajar-pelajar SMKTDS.

08 January 2011

Mesyuarat Agung Rumah Sukan SMKTDS 2011- (Jumaat, 7 Januari 2011)

Mesyuarat Agung Rumah Sukan SMKTDS 2011

Tarikh : 7 Januari 2011 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi

Mesyuarat Rumah Biru (Abdul Razak)
Tempat : Makmal Bahasa


Mesyuarat Rumah Hijau (Hussein Onn)
Tempat : Kantin


Mesyuarat Rumah Kuning (Abdul Rahman)
Tempat : Dewan


Mesyuarat Rumah Merah (Mahathir)
Tempat : Anjung Ilmu


Mesyuarat Rumah Ungu (Abdullah)
Tempat : Bilik Muzik

 


Mesyuarat Rumah Jingga (Mohd. Najib)
Tempat : Kantin

 
Blogger Templates