About

29 December 2010

Mesyuarat Guru Kali Kedua (28 Disember 2010)

Tuan Haji Shaharuddin selaku Pengetua SMKTDS memberi ucapan alu-aluan kepada semua guru dan berkongsi informasi-informasi terkini dalam bidang pendidikan bersama guru-guru SMKTDS.

Mesyuarat Kurikulum untuk kali pertama sesi persekolahan 2011 telah dipengerusikan oleh Puan Tay Suat Gan (PK 1). Beliau memberi taklimat kepada semua guru tentang perkara-perkara penting yang perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Bidang yang akan diadakan nanti.

Guru-guru Sains dan Matematik sedang bermesyurat bertempat di Bilik Mesyuarat SMKTDS dengan dipengerusikan oleh Puan Wan Noraini selaku Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik.

Bidang-bidang lain turut mengadakan mesyuarat di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh Puan Tay Suat Gan semasa mesyuarat pada pagi tadi.

AJK Kelab Koperasi sedang menjalankan tugas pada hari pertama jualan kelengkapan keperluan sekolah di Koperasi SMKTDS yang bermula pada hari ini (28 Doisember 2010).






 
Blogger Templates