About

30 January 2013

Latihan Rumah Sukan (29 Januari 2013)


Pelajar-pelajar rumah Jingga sedang menjalani latihan lontar peluru sambil dipantau oleh guru rumah sukan.

 


Pasukan bola sepak sedang menjalani latihan di bawah pengawasan Cikgu Roslizan.

Mesyuarat Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) (29 Januari 2013)

Mesyuarat Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
 
Tarikh : 29 Januari 2013
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
 
 
 
Cik Chin Nyet Siong selaku PK Pentadbiran SMK Taman Desa Skudai mempengerusikan Mesyuarat Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
 
 

Mesyuarat Guru Tingkatan (29 Januari 2013)

Mesyuarat Guru Tingkatan
Tarikh : 29 Januari 2013
Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
 



Pelajar-pelajar Cemerlang PMR 2012

Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar-pelajar Straight A PMR 2012
 





 



Pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang mendapat Straight A di dalam Peperiksaan PMR 2012
 



26 January 2013

Kejayaan-kejayaan Sekolah Tahun 2011 dan 2012

 
 
 
 

 

 

 

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) (23 Januari 2013)

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
Tarikh : 23 Januari 2013
Masa : 2.00 petang
Tempat : Makmal Bahasa
 
 
 
PK Pentadbiran, Cik Chin Nyet Siong mempengerusikan mesyuarat ahli Jawatankuasa Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang melibatkan semua guru mata pelajaran terpilih.
 
 


Majlis Pelancaran Program NILAM dan Kempen Derma Buku 2013 (21 Januari 2013)

Majlis Pelancaran Program NILAM dan Kempen Derma Buku 2013
Tarikh : 21 Januari 2013 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi (sesi pagi)
Tempat : Dataran Wawasan
 
 
Puan Kamsiah mempengerusikan majlis.

 
Puan Rohiyati selaku Guru Media menyampaikan ucapan dan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai Kempen Derma Buku 2013.
 

 
Pengetua SMK Taman Desa Skudai, Puan Hajah Fouziah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan "Pelancaran Program NILAM dan Kempen Derma Buku 2013"

 
Upacara perasmian yang disempurnakan oleh Puan Hajah Fouziah, Pengetua SMK Taman Desa Skudai.
 

 
 

 
Nyanyian koir oleh Pengawas Pusat Sumber.
 

Mesyuarat Agung Kelab Fotografi (19 Januari 2013)


Mesyuarat Agung Kelab Fotografi berlangsung di kelas 3UM dengan dipengerusikan oleh Puan Nordiana Ahmad dan dibantu oleh guru penasihat yang lain, iaitu Puan Nor Aida dan Puan Siti Asma.

Perasmian Agihan Bantuan Khas Persekolahan 2013 (18 Januari 2013)

Perasmian Agihan Bantuan Khas Persekolahan 2013 
Tarikh : 18 Januari 2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Makmal Bahasa SMK Taman Desa Skudai
Perasmi : YB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Sapian (ADUN Nusajaya)
 
 
Puan Kamsiah selaku kaunselor sekolah mempengerusikan majlis Perasmian Agihan Bantuan Khas Persekolahan 2013.
 
 
 Bacaan doa oleh Ustaz Zakir Abdul Razak .

 
Pengetua SMK Taman Desa Skudai, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid menyampaikan ucapan dan kata-kata aluan kepada para ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.
 
 
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya.
 
 
 
Ibu bapa dan pelajar yang terlibat dalam majlis tersebut.

 
 Riak kegembiraan dan kesyukuran di wajah ibu yang menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 yang disaksikan oleh Pengetua SMK Taman Desa Skudai, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid. Perasmian Agihan Bantuan Khas Persekolahan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya pada 18 Januari 2013.
Agihan wang Bantuan Khas Persekolahan bermula pada 15 Januari hingga 22 Januari 2013 yang meliputi 1701 pelajar dengan peruntukan kewangan sebanyak RM170 100.00. Pihak sekolah mengucapkan penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha membantu meringankan beban ibu bapa atau penjaga tanpa mengira latar belakang keluarga.
Ini membuktikan kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menepati janji beliau melalui pembentangan belanjawan 2013 pada bulan Oktober tahun lepas.


 
Majlis penyampaian Bantuan Awal Khas Persekolahan Tahun 2013 dalam kalangan pelajar SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru.

 
Ibu bapa yang hadir bergambar kenangan bersama YB Dato’ Haji Abdul Aziz Bin Sapian, ADUN Nusajaya dan Puan Hajah Fouziah Abu Hamid, Pengetua SMK Taman Desa Skudai.
 

Mesyuarat Agung Rumah Sukan (18 Januari 2013)

Semua pelajar-pelajar sesi pagi bergerak ke tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk menghadiri Mesyuarat Agung Rumah Sukan sesi 2013.
 
 
 




Perjumpaan Kelab Catur (17 Januari 2013)

 
Perjumpaan Kelab Catur pada 17 Januari 2013 dimulakan dengan Mesyuarat Agung bagi memilih ahli Jawatankuasa untuk sesi 2013. Puan Ruhaizun mempengerusikan mesyuarat dengan dibantu dengan guru penasihat Kelab Catur yang lain iaitu, Puan Azharni, Puan Erna dan Puan Nordiana.
 
 
 
Selesai pemilihan AJK Kelab Catur, pelajar-pelajar dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan untuk aktiviti bermain catur.
 
 
 
Pelajar-pelajar yang mahir membimbing rakan mereka yang masih baru dengan dipantau oleh guru-guru penasihat Kelab Catur.
 

 
 

Mesyuarat Unit Peperiksaan (17 Januari 2013)

 
PK Pentadbiran, Cik Chin Nyet Siong mempengerusikan Mesyuarat Unit Peperiksaan yang diadakan di Bilik Operasi Peperiksaan bermula jam 1.40 petang.

Perhimpunan Hari Rabu (16 Januari 2013)

 
Encik Jefry memberi ingatan kepada para pelajar sesi pagi agar mengenakan pakaian Unit Beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu.
 
Semua pelajar sesi pagi berkumpul di Dataran Wawasan.
 
 

Mesyuarat Post Mortem PMR 2012 dan Post Mortem Tingkatan 2 Tahun 2012 (15 Januari 2013)

 
Mesyuarat Post Mortem PMR 2012 dan Post Mortem Tingkatan 2 tahun 2012
Tarikh : 15 Januari 2013 (Selasa)
Masa : 1.40 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
 
 
Pengetua SMKTDS, Puan Hajah Fouziah mempengerusikan mesyuarat.
 
 
Guru-guru yang terlibat dalam mesyuarat terdiri daripada Ketua-ketua Panitia dan guru-guru Tingkatan 3.
 

 
Blogger Templates