About

Showing posts with label Kebitaraan. Show all posts
Showing posts with label Kebitaraan. Show all posts

03 February 2010

Latihan Kelab Taekwondo- Rabu (3/2/2010)


Pelajar sesi petang menjalani latihan Taekwondo pada jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi di Anjung Ilmu di bawah bimbingan jurulatih luar, Encik Kalai Mannan.



Guru penasihat, Puan Nordiana dan ahli Kelab Taekwondo menjalani latihan Taekwondo pada jam 4.30 petang hingga 6.00 petang di Anjung Ilmu dengan dibimbing oleh Encik Kalai Mannan.




Antara aksi-aksi menarik pelajar-pelajar Kelab Taekwondo sesi pagi semasa sesi latihan pada 3 Februari 2010 di Anjung Ilmu.






11 November 2009

Aktiviti Tahunan Kelab Taekwondo 2009

KEJOHANAN TAEKWONDO SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU
BAKAT DAN REMAJA 2009




DEMONSTRASI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

27 May 2009

Pembentangan Hasil Penilaian Akhir Sekolah Kluster 2009 oleh Pegawai-pegawai Penilai

Pegawai-pegawai Penilai Sekolah Kluster 2009

Duduk dari kiri :
Puan Haizan Bt. Zakaria (Pegawai Penilai Sek. Kluster- Nazir Johor Bahru),
Puan Salmah Bt. Hj. Abdul Rahman (Pegawai Penilai Sek. Kluster-
Nazir Wilayah Persekutuan)
dan
Puan Raja Selsabila Bt. Raja Ahmad Siffudin (Pegawai Penilai Sek. Kluster-
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, KL)










Cenderahati daripada pihak sekolah untuk
Puan Salmah Bt. Hj. Abdul Rahman.



Cenderahati daripada pihak sekolah untuk
Puan Raja Selsabila Bt Raja Ahmad Siffudin.


Cenderahati daripada pihak sekolah untuk Puan Haizan Bt. Zakaria.


Pengetua menerangkan kepada Puan Hazian tentang
Projek Rintis Penternakan Ikan Keli yang dikendalikan oleh
pelajar yang mengambil Sains Pertanian.





Pengetua bersama pegawai-pegawai Penilai Sekolah Kluster
meninjau persekitaran sekolah.

Lawatan ke Pondok Cendawan Tiram Kelabu oleh
pegawai-pegawai Penilai Sekolah Kluster.



Meninjau ke dalam Pondok Cendawan dengan lebih jelas.






Gambar kenang-kenangan bersama Pegawai-pegawai
Penilai Sekolah Kluster 2009.



Berdiri dari kiri (barisan belakang) : Puan Normala Bt. Ibrahim (PK Ko-kurikulum), Puan Rahmah Bt. Saaid (Guru Bidang Bahasa), Puan Azlina Bt. Mohamad (Guru Bidang Sains & Matematik) dan Puan Siti Bahriah Bt. Sarbini (Guru Bidang Kemanusiaan).

Berdiri dari kiri (barisan hadapan) : Puan Hjh. Tg. Zarena Bt. Tg. Azam (Guru Bidang Teknik & Vokasional), Puan Raja Selsabila Bt. Raja Ahmad Siffudin (Pegawai Penilai Sek. Kluster- Jab. Pelajaran Wilayah Persekutuan, KL), Tuan Hj. Shaharuddin B. Saari (Pengetua SMKTDS), Puan Tay Suat Gan (PK 1), Puan Salmah Bt. Hj Abdul Rahman (Pegawai Penilai Sek. Kluster- Nazir Wilayah Persekutuan) dan Puan Haizan Bt. Zakaria (Pegawai Penilai Sek. Kluster- Nazir Johor Bahru).

22 May 2009

Info Agro SMKTDS (Edisi 2) Mei 2009

codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=8,0,0,0"
width="400" height="48" id="TextSpace">







Pondok Tanaman Cendawan Tiram Kelabu

Pondok Tanaman Cendawan Tiram Kelabu yang terletak bersebelahan

projek Plant a tree Programme



Proses mencantas cendawan di lakukan oleh murid sambil diperhati oleh guru


Foto menunjukkan cendawan yang tumbuh dengan suburnya.





Proses menimbang dan membungkus cendawan untuk jualan.



PROJEK TANAMAN CENDAWAN KERJASAMA

PERSATUAN KHB (SAINS PERTANIAN)

DENGAN

KELAB TUNAS BESTARI SMKTDS





Warga SMKTDS yang berminat untuk membeli cendawan ,
sila berjumpa dengan
Pn Nor Zalmila bt Zahari
(Guru Penyelaras TUNAS BESTARI)

21 May 2009

Info Agro (Edisi 1) April 2009




Menjana Generasi Mencintai dan Memanfaatkan Bumi

KENAPA PERTANIAN PENTING KEPADA KITA?

DASAR KERAJAAN

PROFESION




PELAKSANAAN AKTIVITI SAINS PERTANIAN TAHUN 2009

PROJEK RINTIS PENTERNAKAN IKAN KELI
Dimulakan pada tahun lepas, 2008.
 Pelajar didedahkan dengan pengetahuan asas tentang teknik-teknik ternakan ikan
 Mendapat keuntungan dari pada hasil ternakan ikan keli
 Nama saintifik: Clarias spp


LOKASI AKTIVITI TAHUN 2009
1. Penternakan ikan
- Kolam ikan ditempat kan di tempat letak kereta belakang sekolah


2. Tanaman Herba
- Bersebelahan Makmal Sains/kantin


3. Tanaman Cendawan
- Bersebelahan Makmal Sains/kantin


4. Plant a tree Programme
- Bersebelahan Makmal Sains/kantin


PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Kepada pelajar yang berminat kepada pertanian, boleh mengikuti perkembangan bidang pertanian di Malaysia di TV1, Rancangan Agrotek, pada pukul
4.00-4.30 petang pada setiap hari Jumaat.


Projek yang akan dijalankan pada bulan Jun di bawah aktiviti ko-akademik (Persatuan KH-Sains Pertanian) ialah Projek membuat Tapai . Jualan akan dibuat di kalangan warga SMKTDS.

11 May 2009

Aktiviti Kelab Taekwondo


JURULATIH LUAR KELAB TAEKWONDO SMK TAMAN DESA SKUDAI
ENCIK R. KALAI MANNAN

SESI LATIHAN
KELAB TAEKWONDO


TARIKH : 26 FEBRUARI 2008
TEMPAT : PADANG SMKTDS







DEMONSTRASI SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
(TAEKWONDO)

TARIKH : 28 MAC 2009 (SABTU)
MASA : 8.00 – 9.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN WAWASAN,
SMK TAMAN DESA SKUDAI, JB







23 April 2009

Koleksi Pantun

MENGHADAPI DUGAAN (Pantun inflasi)

Kain disimpan dimakan gegat
Ditampal dengan perca sutera
Ekonomi bergolak kehidupan tergugat
Hanya yang tenang kekal sejahtera

UBATNYA PANTUN


Penyepit patah diganti sudu
Makan sate minum serbat
Hati resah, sepi dan rindu
Dalam berpantun ketemu ubat

SINDIR MENYINDIR


Segar harum kembang melati
Bunga tersusun bagai diukir
Kita berpantun menghibur hati
Sambil mengusik sindir menyindir

BOSAN DAN JEMU (Pantun Hari Guru)


Rembang petang makan laksa
Dihidang untuk menyambut tamu
Cikgu mengajar terbuang masa
Kalau murid bosan dan jemu

ALANG KEPALANG (Pantun Hari Guru)


Kupu-kupu mengejar belalang
Sejak kuntum mekar berbunga
Kalau belajar alang kepalang
Bak beras segenggam air sebelanga


HARI GURU


Waktu malam melihat bulan
Mendengar pungguk berlagu merdu
Selamat hari guru kita ucapkan
Kerana jasa menaburkan ilmu


Sumber ini diperolehi daripada http://pantunonline.com/v2/pantun/koleksi-pantun/


21 April 2009

Kebitaraan BM : BIMBINGAN BERKARYA - PANTUN

PENGENALAN

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun tidak berkait.
Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.

Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun.

Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

Sebab pulut santan terasa,
Sebab mulut badan binasa.

Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.

Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.



KANDUNGAN PANTUN MELAYU

Pembayang atau sampiran

Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

Maksud atau isi

Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

Perkataan

Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.

Suku kata

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau bunyi

Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a .

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.
Contoh pantun yang baik :

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

• mengandungi 4 kerat/baris
• jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
• jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
• ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
• bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
• bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
• maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
• sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.


JENIS-JENIS PANTUN

• Pantun 2 kerat
• Pantun 4 kerat (jenis paling popular)
• Pantun 6 kerat
• Pantun 8 kerat
• Pantun 10 kerat
• Pantun 12 kerat
• Pantun 14 kerat
• Pantun berkait


FUNGSI PANTUN
• Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan
• Sindiran atau tempelak
• Melepaskan rindu dan kasih sayang
• Menyatakan penghargaan/terima kasih
• Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran
• Hiburan atau jenaka


DI MANA ORANG BERPANTUN?
• Majlis pertunangan dan perkahwinan
• Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi
• Pertandingan berbalas pantun
• Alunan lagu rakyat
- Lagu Kanak-kanak
- Lagu-lagu Asli
- Dikir Barat dan Lain-lain:

Sumber ini dipetik dari Laman Rasmi DBP : http://www.dbp.gov.my/
 
Blogger Templates