Selamat berkunjung ke blog SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Memuatkan koleksi gambar, informasi terkini mengenai aktiviti-aktiviti sekolah, perkongsian artikel-artikel pendidikan, pautan-pautan untuk mengakses koleksi soalan PMR dan SPM untuk dikongsi bersama
Emel Sekolah :
smktds1077@gmail.com
.
Pelan Lokasi SMKTDS
Sample Text
smktamandesaskudai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini
Tuan Pengetua Haji Shaharuddin mempengerusikan mesyuarat guru. Mesyuarat dimulakan dengan mengesahkan minit Mesyuarat Guru Kali Pertama dan diikuti dengan taklimat mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
Taklimat ringkas oleh PK HEM- Encik Zailan kepada guru-guru tingkatan berkenaan pengisian buku kedatangan pelajar, tempahan tanda nama dan surat edaran kepada ibu bapa.
Berikut adalah gambar-gambar guru SMKTDS sepanjang mesyuarat dijalankan di Makmal Bahasa, SMKTDS. :
Taklimat daripada PK Kokurikulum- Puan Azlina mengenai penggunaan Buku Ko-kurikulum oleh pelajar yang perlu ditandatangani oleh guru-guru penasihat Badan Beruniform, Kelab Permainan, Persatuan Akademik & Bukan Akademik sebaik sahaja selesai aktiviti atau perjumpaan diadakan.
Setiausaha Sukan- En Azlan Haniff memberikan maklumat-maklumat penting mengenai sukan kepada guru-guru dan tarikh-tarikh pertandingan yang bakal berlangsung.
Mesyuarat Audit Akademik bermula pada jam 12.00 tengah hari dengan dipengerusikan oleh Tuan Pengetua Haji Shaharuddin Saari untuk membincangkan "Analisis Head-Count Mata pelajaran PMR 2010".
No comments:
Post a Comment