About

05 August 2010

Program Pembangunan Insan -Pelajar Islam (6 Ogos 2010)


Ustaz Zakir Abdul Razak sedang menyampaikan ceramahnya yang bertajuk "Persediaan Menjelang Ramadan" kepada pelajar-pelajar dan juga guru-guru di surau SMKTDS.

Pelajar-pelajar sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zakir Abdul Razak dengan khusyuk.

04 August 2010

Jadual Peperiksaan Percubaan PMR 2010

Bermula pada 2 ogos 2010,pelajar-pelajar tingkatan 3 telah menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2010.

Berikut adalah Jadual Peperiksaan Percubaan PMR.
Untuk download, sila klik di SINI

Seluruh Warga SMK Taman Desa Skudai mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada semua pelajar.

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010




Barisan ahli Kelab Koir SMK Taman Desa Skudai bergambar kenangan bersama guru penasihat, Puan Cecilia Zamira sebelum berlangsung "Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah" pada 29 Julai 2010.

Majlis dimulakan dengan acara mendeklamasikan sajak oleh pelajar Tingkatan 3 dan diikuti dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh barisan ahli Kelab Koir SMK Taman Desa Skudai.

Pasukan Gendang Cina bersiap sedia untuk mempersembahkan aksi mereka ketika majlis pelancaran berlangsung.



Tuan Haji Shaharuddin Saari menyampaikan ucapan sempena "Pelancaran Bulan Kemerdekaan" Peringkat Sekolah yang diadakan di Dataran Wawasan pada pagi Khamis (29 Julai 2010).



Tuan Haji Shaharuddin dengan diiringi PK 1, Puan Tay Suat Gan dan PK HEM, Encik Zailan menyempurnakan upacara Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah dengan gimik kain rentang hasil lukisan para pelajar SMK Taman Desa Skudai.



Majlis disusuli dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan dengan penuh bersemangat oleh guru dan pelajar sambil mengibarkan Jalur Gemilang.



Gimik pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang cukup menarik dan menggamatkan suasana pada pagi tersebut.

Guru-guru dan pelajar-pelajar mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik dengan penuh bersemangat.



Gabungan kepelbagaian kaum yang ditampilkan melalui pakaian tradisi 3 kaum utama di Malaysia dipertontonkan pada majlis pelancaran ini.


Aksi spontan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar sepanjang majlis berlangsung.

 
Blogger Templates