About

23 October 2013

Program Pesta Tanglung Anjuran Persatuan Bahasa Cina SMKTDS (7 September 2013)

LAPORAN PROGRAM PESTA TANGLUNG PERSATUAN BAHASA CINA SMKTDS TAHUN 2013

Program Pesta Tanglung telah dilaksanakan pada 7 September 2013 yang lalu dan berjalan seperti yang dirancangkan. Pesta ini disertai oleh para guru dan pelajar SMK Taman Desa Skudai. Ibu bapa pelajar turut dijemput untuk memeriahkan suasana.
 
Program tersebut bermula pada jam 6.30 petang di perkarangan SMK Taman Desa Skudai. Para guru, pelajar dan ibu bapa masing-masing mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Selesai mendaftarkan diri, para tetamu dapat menyaksikan Pameran Persatuan Bahasa Cina. Di samping itu, mereka turut berpeluang untuk menyertai teka-teki Tanglung. Jawapan teka-teki tanglung dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan.
 
Tepat pada jam 7.00 malam, Pertandingan Hula Hoop telah diadakan. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar yang hadir. Pn Nik Huei Shea dan Pn Rosalynn Woong Kar Ling memainkan peranan untuk menjayakan pertandingan tersebut. Acara pada malam Pesta Tanglung diteruskan dengan Pertandingan Larian Lilin. Pertandingan terakhir pada malam tersebut ialah Pertandingan Membuat Tanglung.
 
Pada jam 8.00 malam, ketibaan pengetua SMK Taman Desa Skudai iaitu Pn. Hjh Fouziah Bt Abu Hamid, diiringi oleh AJK PIBG iaitu En Lee Kok Siang, Pn Lee Jing Jing dan En Sutharsan A/L Raj. Pn Mak Ngai Yen telah selaku pengacara program pada hari tersebut telah menjemput Pn Hjh Fouziah untuk memberi ucapan sekaligus membuka tirai Pesta Tanglung secara rasminya.
 
Program tersebut diteruskan dengan acara penyampaian hadiah. Sempena sambutan Pesta Tanglung, pelbagai acara telah dipertandingkan. Antaranya ialah Pertandingan Merekacipta Tanglung. Bagi memeriahkan acara, sesi cabutan bertuah turut diadakan.
 
Selepas sesi cabutan bertuah, semua pelajar, ibu bapa dan guru telah dijemput untuk menjamu selera di kantin. Sambil menjamu selera, para hadirin dihiburkan dengan persembahan pelajar. Antaranya ialah persembahan gendang Cina, tarian India, tarian zapin dan pertunjukan pedang. Acara kemuncak pada malam tersebut bermula pada jam 9.20 malam. Acara berarak sambil membawa tanglung mengelilingi kawasan sekolah telah diketuai oleh Pn Pengetua dengan diiringi oleh YDP PIBG. Tergambar kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat mengikuti aktiviti tersebut bersama-sama tanpa mengira kaum. Pada jam 9.45 malam, persembahan gendang Cina sekali lagi dipersembahkan sekaligus menutup tirai Pesta Tanglung pada tahun 2013.
 
Secara keseluruhannya, program Pesta Tanglung yang dianjurkan oleh SMK Taman Desa Skudai adalah berjaya. Harapan semua warga sekolah untuk bersama-sama menyambut Pesta Tanglung telah dapat dilaksanakan. SMKTDS telah menyusun program dengan teliti untuk memastikan program tersebut berjalan dengan sempurna. Semua pelajar yang terdiri dari kaum Melayu, India dan Cina terlibat dalam program yang dianjurkan. Semoga pada tahun hadapan sambutan seumpama ini akan disambut lagi dengan lebih meriah.
 
Laporan disediakan oleh :

Cik We Ah Ma

Sesi pendaftaran ibu bapa dan pelajar
 
 

Pelajar-pelajar yang hadir berkumpul di Dataran Wawasan.
 
Ucapan Pengetuan Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid

Pemandangan di Anjung Ilmu dan Dataran Wawasan
 
 
Tanglung
 


Sesi penyampaian hadiah oleh Pengetua Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid.
 

Sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh AJK PIBG, En Lee Kok Siang
 
 
Sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh AJK PIBG,  En Sutharsan A/L Raj.


Pertandingan tarian lilin
 
 
Tanglung
 
Persembahan gendang Cina
 
Persembahan tarian oleh pelajar-pelajar India
 
Persembahan Tarian Zapin oleh pelajar Melayu
 
Pertunjukan pedang
Pemandangan sekitar dan ibu bapa yang turut hadir dalam Pesta Tanglung 2013.




Perarakan membawa tanglung mengelilingi kawasan sekolah telah diketuai oleh Pn Pengetua dengan diiringi oleh AJK PIBG. Tergambar kegembiraan di wajah masing-masing kerana dapat mengikuti aktiviti tersebut bersama-sama tanpa mengira kaum.

Pameran Persatuan Bahasa Cina
 Jamuan untuk semua tetamu yang hadir di kantin.
 

Kem Kecemerlangan SPM Subjek Sains (19 Oktober 2013)

 
Kem Kecemerlangan SPM Subjek Sains 2013

Tarikh : Sabtu (19 Oktober 2013)
Tempat : Bilik MBMMBI

Kem Kecemerlangan SPM Subjek Sains telah diadakan pada hari Sabtu (19 Oktober 2013) bertempat di Bilik MBMMBI dengan dikendalikan oleh guru-guru subjek Sains Tingkatan 5 iaitu Puan Nordiana Ahmad, Puan Siti Asma Abd. Nasir dan Puan Nur'Ain Baharin.


Pelajar-pelajar berusaha gigih untuk menyiapkan modul yang dibekalkan kepada setiap seorang dengan dibimbing oleh guru-guru Sains Tingkatan 5.
 
 

Hari Keluarga SMK Taman Desa Skudai Anjuran KEBIRUS 2013




Hari Keluarga anjuran KEBIRUS SMKTDS 2013 telah diadakan pada 21 September 2013 bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Star Hill Golf and Country Resort di Senai.
Antara aktiviti yang diadakan ialah acara sukaneka, mandi-manda dan jamuan bersama semua ahli KEBIRUS bagi merapatkan silaturahim di kalangan warga guru dan staf SMKTDS.
 



Program Solat Hajat PMR (Kali Kedua 2013) (25 September 2013)

LAPORAN SOLAT HAJAT PMR KALI KEDUA 2013
Program ini adalah impian Pengetua, Puan Hajah Fouziah Binti Abu Hamid untuk mempersiapkan pelajar agar benar-benar mantap kerohaniannya. Justeru itu, pengisian yang mampu menjana semangat juang bagi memartabatkan Islam melalui keputusan yang baik dalam peperiksaan awam yang bakal mereka duduki.
 
Program ini diadakan pada hari Khamis malam Jumaat pada 25 September 2013. Sambutan daripada kalangan ibu bapa sangat menggalakkan dengan jumlah keseluruhan yang hadir ialah seramai 210 orang. Diharapkan program seumpama ini menjadi permulaan yang baik bagi memastikan pelajar-pelajar mengisi waktu hampir dengan Peperiksaan PMR dengan amalan-amalan yang dapat menenangkan jiwa, sekali gus dapat merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar.
 
Disediakan oleh :
Ustaz Zakir Abdul Razak Bin Poniran
 

 
 





 
Blogger Templates