About

09 January 2012

Mesyuarat Guru Kali Pertama Untuk Sesi Persekolahan 2012 (27 Disember 2012)



Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid selaku Pengetua SMK Taman Desa Skudai mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh semua tenaga pengajar SMKTDS untuk sesi persekolahan 2012.



Kata-kata hikmat yang turut diselitkan dalam paparan slaid beliau semasa mesyuarat berlangsung.





Sebaik sahaja selesai Mesyuarat Guru Kali Pertama, Puan Hajjah Fouziah meneruskan slot taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kepada guru-guru.




Suasana di Makmal Bahasa, tempat di mana berlangsung Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2012.


Puan Hajjah Fouziah sedang memberi penerangan lanjut kepada guru yang mengemukakan soalan ketika taklimat SBPA diadakan.

Selamat Kembali Ke Sekolah

17 December 2011

Mesyuarat Guru dan Taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Kepada semua guru SMK Taman Desa Skudai, mesyuarat guru akan diadakan pada 27 Disember 2011 pada jam 8.00 pagi.



Taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disampaikan oleh Pengetua Puan Hajjah Fouziah Binti Abu Hamid pada jam 2.00 petang pada hari yang sama iaitu 27 Disember 2011.

10 December 2011

Pengumuman Keputusan PMR 2011

Kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan 3 2011, keputusan PMR akan diumumkan secara rasmi pada tarikh 22 Disember 2011. Semua calon-calon PMR boleh mendapatkan keputusan masing-masing selepas jam 10.00 pagi.

Bagi pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang (perfect score), satu majlis khas bersama Pengetua dan AJK PIBG akan diadakan sebaik sahaja keputusan PMR diumumkan.
 
Blogger Templates