Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin Saari telah menyampaikan ucapan dan pesanan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 agar mereka dapat menjawab dengan baik semasa menjalani Peperiksaan PMR yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Beliau juga berharap pelajar-pelajar Tingkatan 3 pada tahun 2010 dapat mencapai kejayaan cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.

Semua pelajar Tingkatan 3 diberikan cenderahati berupa alat tulis sumbangan pihak sekolah dan slip peperiksaan PMR.

Pelajar-pelajar memohon maaf dan mendapatkan restu daripada semua guru mata pelajaran masing-masing.