Pages

▼

22 January 2011

Program Pembangunan Insan (Jumaat, 21 Januari 2011)


Semua pelajar lelaki Islam berkumpul di gelanggang bola jaring pada pagi Jumaat (21 Januari 2011) dan memulakan bacaan Yasin beramai-ramai dengan diketuai oleh Ustaz Zakir Abdul Razak Bin Poniran.


Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin dan guru-guru lelaki beragama Islam juga turut sama dalam bacaan Yasin secara beramai-ramai.


Guru-guru dan pelajar-pelajar perempuan yang beragama Islam memulakan bacaan Yasin di Surau SMKTDS dengan diketuai oleh Ustazah Norrashidah.

Ustazah Norrashidah mengetuai bacaan Yasin oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang beragama Islam pada pagi tersebut.



Program Pembangunan Insan bagi pelajar-pelajar berbangsa India telah diadakan di kantin dengan dikendalikan oleh guru-guru berbangsa India.


Suasana ketika di kantin SMKTDS.




Pelajar-pelajar berbangsa Cina yang berada di Tingkatan 4 & 5 berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah daripada wakil NGO yang hadir pada pagi tersebut.



Manakala bagi pelajar-pelajar berbangsa Cina yang berada di Tingkatan 1, 2 dan 3 pula mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh wakil NGO di Bilik Muzik.


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di sini.