About

21 March 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan (26 Februari 2011)



Tarikh : 26 Februari 2011 (Sabtu)

Tempat : Makmal Bahasa SMKTDS

Penceramah : Dr Ahmad Johari Bin Hj Sihes
Pensyarah Fakulti Pendidikan
UTM Skudai

Guru-guru SMKTDS sedang khusyuk mendengar ceramah daripada pensyarah yang diundang.




Antara persembahan power-point oleh penceramah sewaktu LDP berlangsung.






Puan Azlina memberi taklimat mengenai Pelan Tindakan Ko-kurikulum kepada guru-guru penasihat badan beruniform, kelab dan persatuan.

Tuan Haji Shaharuddin menyampaikan amanat kepada guru-guru.


Ustazah Norrashidah menyampaikan taklimat mengenai AJK Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang akan diadakan pada 11 Mac 2011.

07 March 2011

Muat Turun : Format Pelan Tindakan dan Pelan Operasi Kokurikulum



Untuk tindakan guru-guru penasihat Unit Beruniform, Kelab/Persatuan/Sukan & Permainan (7/3/11 hingga 21/3/11)


1. Guru-guru boleh memuat turun  format pelan tindakan dan pelan operasi kokurikulum dari laman web sekolah, sila klik di SINI atau minta softcopy daripada Puan Tan Seoah Chee dengan menggunakan pen-drive.

2. Sila lengkapkan pelan tindakan dan pelan operasi, hantar softcopy pelan tindakan dan pelan operasi yang telah siap kepada Pn Azlina/Puan Tan Seoah Chee melalui email: kokusmkds@hotmail.com
atau menggunakan pen-drive selewat-lewatnya pada 21/3/11 (Isnin).

3. Bilangan pelan operasi yang perlu disediakan adalah mengikut bilangan aktiviti dalam pelan tindakan.
Contoh: 5 pelan operasi perlu disediakan sekiranya terdapat 5 aktiviti dalam pelan tindakan.

4. Tarikh laksana dalam pelan tindakan hanya perlu diisi setelah aktiviti dilaksanakan.

5. Pelan operasi hanya perlu dilengkapkan dari Nama Projek sampai Proses kerja sahaja, Kekangan hingga Penambahbaikan akan dilengkapkan setelah aktiviti dilaksanakan.

Program Kembara Pengetua (25 Februari 2011)


Program Kembara Pengetua
Tarikh : 25 Februari 2011 (Jumaat)
Tempat : Makmal Bahasa
Kelas yang terlibat : 5 UKM dan 5UPM

Program Kembara Pengetua memfokuskan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM. Program ini merupakan slot di mana Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin Saari mendekati anak-anak pelajar dengan memberi motivasi dan kata-kata nasihat kepada para pelajar Tingkatan 5 yang terlibat.

Pelajar-pelajar dari kelas 5UKM dan 5UPM sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Program Pembangunan Insan- Pelajar Sesi Pagi (Jumaat, 25 Februari 2011)

Program Pembangunan Insan- Pelajar Cina
Tempat : Dewan


Program Pembangunan Insan- Pelajar India
Tempat : Kantin


Program Pembangunan Insan- Pelajar Lelaki Islam
Tempat : Gelanggang bola jaring

Pelajar-pelajar lelaki beragama Islam membaca Yasin secara beramai-ramai bersama guru-guru lelaki yang beragama Islam.


Tempat di mana pelajar-pelajar lelaki Islam berkumpul untuk bacaan Yasin

Salah seorang wakil Persatuan Pelajar Islam memberikan ceramah kepada para pelajar.

Ustaz Zakir Abdul Razak memberikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada para pelajar. Pelajar-pelajar lelaki beragama Islam digalakkan memakai baju Melayu ada hari Jumaat dan beberapa orang pelajar dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar lain.

Program Pembangunan Insan - Pelajar Perempuan Islam
Tempat : Surau SMKTDS
Ustazah Roslina sedang menyampaikan ucapan selepas selesai bacaan Yasin secara beramai-ramai bersama guru wanita yang beragama Islam.

Ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Roslina.

Suasana ketika di surau.
 
Blogger Templates