About
07 March 2011
Aktiviti Membersihkan Kolam Ikan (22 Februari 2011)
Pelajar-pelajar Tingkatan 5 sedang tekun membersihkan kolam ikan di perkarangan masuk ke SMK Taman Desa Skudai.
Cikgu Julnizam sedang memberikan arahan kepada pelajar-pelajar yang terlibat sambil dipantau oleh Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin bin Saari.
Pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang terlibat dengan gotong-royong membersihkan kolam ikan bergambar bersama Cikgu Julnizam.
Majlis Watikah Perlantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan (21 Februari 2011)
AJK Tertinggi Pengawas SMK Taman Desa Skudai.
Watikah Perlantikan yang akan diberi kepada pelajar-pelajar yang menggalas jawatan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan untuk tahun 2011.
Perhimpunan rasmi hari Isnin dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Bangsa Johor dan bacaan ikrar Rukun Negara serta ikrar pelajar yang dipimpin oleh pengawas bertugas.
Ayahanda Tuan Haji Shaharuddin menyampaikan ucapan dan kata-kata nasihat kepada para pelajar SMKTDS.
Cikgu Nadzaruddin telah tampil untuk memberikan laporan guru bertugas pada minggu lepas.
Dif kehormat dijemput menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada pagi tersebut.
Barisan Pengawas Pusat Sumber 2011.
Barisan pengawas sesi pagi.
Sesi penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas.
Majlis penyampaian Watikah Perlantikan kepada Pengawas Pusat Sumber.
Ketua-ketua Tingkatan yang telah dilantik turut menerima Watikah Perlantikan daripada dif kehormat.
Nurfarahin Binti Samsudin mengetuai bacaan ikrar perlantikan.
Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.
Latihan Sesi Silat- Pelajar sesi petang (19 Februari 2011)
Cikgu Omar Nor sedang melatih pelajar-pelajar sesi petang yang menjadi ahli Persatuan Seni Silat di Anjung Ilmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























