About

22 January 2011

Makluman Ibu Bapa : Hari Ganti Persekolahan (Sabtu, 22 Januari 2011)

Makluman Ibu Bapa / Penjaga

- Hari Sabtu (22 Januari 2011) merupakan hari persekolahan ganti sempena Tahun Baru Cina.
Jadual hari Isnin.

Makluman Ibu Bapa : Borang Aduan atau Cadangan Ibu Bapa


Kepada semua ibu bapa / penjaga, anda boleh mengemukakan sebarang aduan, cadangan atau komen positif kepada pihak sekolah di link berikut. Sila klik di SINI.

Program Pembangunan Insan (Jumaat, 21 Januari 2011)


Semua pelajar lelaki Islam berkumpul di gelanggang bola jaring pada pagi Jumaat (21 Januari 2011) dan memulakan bacaan Yasin beramai-ramai dengan diketuai oleh Ustaz Zakir Abdul Razak Bin Poniran.


Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Shaharuddin dan guru-guru lelaki beragama Islam juga turut sama dalam bacaan Yasin secara beramai-ramai.


Guru-guru dan pelajar-pelajar perempuan yang beragama Islam memulakan bacaan Yasin di Surau SMKTDS dengan diketuai oleh Ustazah Norrashidah.

Ustazah Norrashidah mengetuai bacaan Yasin oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang beragama Islam pada pagi tersebut.



Program Pembangunan Insan bagi pelajar-pelajar berbangsa India telah diadakan di kantin dengan dikendalikan oleh guru-guru berbangsa India.


Suasana ketika di kantin SMKTDS.




Pelajar-pelajar berbangsa Cina yang berada di Tingkatan 4 & 5 berkumpul di dewan untuk mendengar ceramah daripada wakil NGO yang hadir pada pagi tersebut.



Manakala bagi pelajar-pelajar berbangsa Cina yang berada di Tingkatan 1, 2 dan 3 pula mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh wakil NGO di Bilik Muzik.


Perhimpunan Badan Beruniform - Rabu (19 Januari 2011)


Semua pelajar sesi pagi sedang mendengar taklimat dan pengumuman daripada guru-guru di Dataran Wawasan dengan dipantau oleh guru tingkatan masing-masing.


Guru disiplin, Encik Jefry, PK HEM, Encik Zailan dan PK Kokurikulum, Puan Azlina Mohamad menyampaikan taklimat pendaftaran Badan Beruniform dan Kelab & Persatuan kepada semua pelajar pada pagi tersebut.
 
Blogger Templates