About

29 December 2010

Mesyuarat Guru Kali Kedua (28 Disember 2010)

Tuan Haji Shaharuddin selaku Pengetua SMKTDS memberi ucapan alu-aluan kepada semua guru dan berkongsi informasi-informasi terkini dalam bidang pendidikan bersama guru-guru SMKTDS.

Mesyuarat Kurikulum untuk kali pertama sesi persekolahan 2011 telah dipengerusikan oleh Puan Tay Suat Gan (PK 1). Beliau memberi taklimat kepada semua guru tentang perkara-perkara penting yang perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Bidang yang akan diadakan nanti.

Guru-guru Sains dan Matematik sedang bermesyurat bertempat di Bilik Mesyuarat SMKTDS dengan dipengerusikan oleh Puan Wan Noraini selaku Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik.

Bidang-bidang lain turut mengadakan mesyuarat di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh Puan Tay Suat Gan semasa mesyuarat pada pagi tadi.

AJK Kelab Koperasi sedang menjalankan tugas pada hari pertama jualan kelengkapan keperluan sekolah di Koperasi SMKTDS yang bermula pada hari ini (28 Doisember 2010).






27 December 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah Untuk Sesi Persekolahan 2011


Mesyuarat Guru Kali Pertama untuk Sesi Persekolahan 2011 (27 Disember 2010)



Tuan Haji Shaharuddin mempengerusikan mesyuarat guru pada 27 Disember 2010 (Isnin) di Makmal Bahasa SMKTDS.

Pengetua sedang memberi taklimat kepada semua guru mengenai penggunaan punch card yang berkuatkuasa pada sesi persekolahan 2011 nanti.


Semua guru SMKTDS sedang tekun mendengar amanat dan taklimat daripada Tuan Haji Shaharuddin.


Fokus Jabatan Pelajaran Negeri Johor
B- GUN


Guru-guru menikmati jamuan yang ditaja oleh pihak kantin SMKTDS.

Majalah sekolah tahun 2010 diberikan kepada semua guru setelah tamat mesyuarat pada jam 12.00 tengah hari.

Dasar Pendidikan Negara


Dasar Pendidikan Negara -
 
Blogger Templates