About
16 August 2010
Kejayaan Pasukan Solar Car Race SMKTDS dalam Festival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Johor (21 & 22 Julai 2010)
SMK Taman Desa Skudai telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang murid dan seorang guru pengiring untuk menyertai Festival Sains & Teknologi Peringkat Daerah Johor Bahru yang telah berlangsung pada 26 Jun 2010 di SMK Taman Universiti 2. Guru Pengiring ialah Puan Vickneswary A/P Madhaven manakala tiga orang murid yang terlibat daripada seorang murid tingkatan 5 iaitu Nor Syafirah binti Abdul Samat (5UTHM) dan dua orang murid tingkatan 4 iaitu Tho Jian Xiang (4UTHM) dan Vinothkanna A/L Manogaran (4UTHM).
SMK Taman Desa Skudai telah mendapat tempat pertama (JOHAN) dalam kategori Pertandingan Solar Car peringkat Daerah Johor Bahru seterusnya melayakkan pasukan ini mewakili Daerah Johor Bahru bagi kategori Solar Car Race ke Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Johor 2010 yang telah berlangsung pada 21 dan 22 Julai 2010 di SMK Anjung Batu, Mersing, Johor. SMK Desa Skudai telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Solar Car Race di peringkat Negeri Johor.
Komitmen yang ditunjukkan oleh Nor Syafirah, Tho Jian Xiang dan Vinothkanna adalah penyumbang utama kejayaan pasukan Solar Car Race SMK Taman Desa Skudai.
Bergambar kenangan ketika berada di Mersing bersama guru pengiring mereka, Puan Vikneswary.
15 August 2010
Nasyid : Aiman -Anak Soleh
Nasyid Tema
Anak Soleh
Album : Permata Ayah Bonda
###################
Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku
Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan iuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku
Sayangi mereka sepertimana
Mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi dan jasanya
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim
Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu
Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan akhirat
Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya ‘Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim







