About

15 May 2010

Acara Gotong-Royong Perdana 2010 (15 Mei 2010, Sabtu)

Gotong-royong Perdana 2010 sempena perayaan Hari Guru diadakan pada 15 Mei 2010.

-Tentatif :
i) Sesi senaman memanaskan badan & sesi latihan Tarian Poco-poco
ii) Aktiviti mengemas Bilik Guru dan Bilik-bilik Khas
iii) Aktiviti memasang papan tanda "Adab Bersama Guru" di kawasan Kantin
iv) Kelas memasak kek cawan di Bilik Masakan ERT
iv) Jamuan Nasi Dagang & kek cawan


Aktiviti dimulakan dengan senaman memanaskan badan diketuai oleh Tuan Haji Shaharuddin Bin Saari.

Disusuli dengan sesi latihan Tarian Poco-poco untuk persembahan Hari Guru peringkat sekolah pada hari Isnin (17 Mei 2010).

Semua guru bersemangat mengatur langkah mengikut irama tarian Poco-poco.



Aksi guru-guru SMKTDS sebelum bermulanya acara Gotong-royong Perdana.


Sesi mendengar taklimat ringkas untuk perjalanan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang disampaikan oleh Puan Nor Arba'ayah.


Aktiviti gotong-royong memasang papan tanda "Adab Bersama Guru" oleh guru-guru lelaki menghiasi kawasan Kantin sekolah.



Aktiviti memasak kek cawan oleh guru-guru perempuan & jamuan nasi dagang sebaik sahaja tamat acara gotong-royong.


Wajah ceria guru-guru SMKTDS ketika menikmati hidangan.



Tersenyum ceria setelah penat mengemas Bilik Guru & Bilik-bilik Khas.

14 May 2010

Karnival Bola Baling (15 Mei 2010, Sabtu)


Aksi pelajar-pelajar Lelaki Bawah 15 Tahun beraksi di padang yang becak.


Pelajar-pelajar menanti giliran untuk bertanding.


Guru Penasihat Kelab Bola Baling- Cik Fatimah & Cik Khireen Nita.


Antara penonton yang menyaksikan perlawanan bola baling pada pagi (15 Mei 2010).


Cik Khireen bergambar dengan pelajar Tingkatan 5 yang menyertai Karnival Bola Baling.

Portal Rasmi Hari Guru 2010

Ucapan Selamat Hari Guru buat Semua Guru-guru di Malaysia

Create your own banner at mybannermaker.com!



Perutusan Hari Guru oleh Y.A.Bhg Tan Sri Menteri Pelajaran Malaysia

Perutusan Hari Guru oleh Y.Bhg Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Sumber : Laman Web KPM

 
Blogger Templates