About

07 March 2009

Pengumuman Pelancaran Blog UBK SMKTDS

Pelancaran Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling
SMK Taman Desa Skudai, JB






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua guru dan pelajar SMKTDS yang dikasihi,


Kepada para pelajar yang menghadapi sebarang masalah, anda boleh kemukakan permasalahan anda kepada Kaunselor SMK Taman Desa Skudai, JB dengan berkunjung ke Blog Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Taman Desa Skudai seperti berikut :




Anda juga boleh emelkan sebarang pertanyaan atau kemusykilan ke alamat emel berikut :

atau


Semua permasalahan anda yang diemelkan ke alamat di atas akan cuba dijawab dengan seberapa segera oleh tiga orang kaunselor sekolah.


Semoga semua pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang ada.

Sekian, wassalam.






Yang benar,


Cikgu Diana













04 March 2009

Kata-kata Hikmah

Make your own at ProfilePitstop.com

Sebelum Kamu Mengeluh


1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda,fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat

7. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan

8. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan

9. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

10. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

11. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahwa kamu masih hidup !

Adaptasi dari karya Indonesia untuk kita sama-sama renungi dan hayati....

Dipetik dari blog
http://counselling2u.blogspot.com/
 
Blogger Templates